PAS berpendirian bahawa Kelantan dan Terengganu mempunyai hak untuk
memperkanunkan Enakmen Jenayah Syariah masing-masing yang telah
diperakui kewujudannya oleh Pakatan Rakyat.02 Oktober 2011
Pas Makin Keliru
PAS berpendirian bahawa Kelantan dan Terengganu mempunyai hak untuk
memperkanunkan Enakmen Jenayah Syariah masing-masing yang telah
diperakui kewujudannya oleh Pakatan Rakyat.30 September 2011
Cakap Macam Ular, Berbelit-Belit
Sungguhpun
mewakili anutan ideologi dan agama yang berbeza, namun disiplin
muafakat dan keterbukaan sikap diserlahkan dalam setiap hujjah dan
perbahasan bagi memastikan Pakatan Rakyat bukan sahaja berupaya
merungkai masaalah yang sedang dihadapi tetapi juga terus mendada,
mendepani segala cabaran dan halangan yang mahu menggagalkan Pakatan
membuka ibupejabat pentadbiran kerajaannya di Putrajaya.PAS menyatakan hasratnya yang murni dengan penuh tertib dan jelas membawa maksud mahu melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah 11 di Kelantan bersulamkan hujah yang bernas pula dari saff kepimpinannya yang diketuai oleh presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Sementara rakan – rakan parti kompenan Pakatan yang terdiri dari DAP dan PKR mengemukakan pandangan balas mereka, mengimbangi kepentingan semua pula melatari scenario politik semasa.
Akhirnya,
kata sepakat dicapai dengan semua parti kompenan Pakatan mempertegaskan
untuk saling kukuh mengukuh dalam perkara yang dipersetujui bersama
seperti objektif, agenda, dasar dan prinsip yang terkandung di dalam
Buku Jingga. Sementara dalam perkara yang berbeza seperti teras ideologi dan prinsip agama yang dianut meletakkan semua parti kompenan Pakatan untuk saling hormat-menghormati antara satu sama lain.
Kenyataan ini adalah suatu yang telah didirikan di atas semangat muafakat yang luar biasa pula menepati ajaran Islam yang suci. Bagaimana Rasulullah saw pernah bangun berdiri tatkala dibawa lalu di hadapannya jenazah bukan Islam, lantas Baginda SAW ditegur ekoran tindakan baginda berdiri menghormati jenazah tersebut. Baginda menjawab, bukankah ia juga manusia, dihormati sewaktu hidupnya dan dihormati juga sewaktu matinya.
Menghormati
tidak bermakna bersetuju. Sebagaimana Islam tidak pernah dan tidak
boleh bersetuju dengan agama yang mensyirikkan Allah SWT. Namun Islam
mengajar kita menghormati hak mereka untuk menunaikan ajaran agama yang
mereka anut malah mereka tidak boleh sekali – kali dipaksa menerima
Islam.Justeru, Islam hanya sah dianut dengan yakin, sedar dan insaf. Demikianlah sebaliknya, mereka juga wajar menghormati hak orang Islam untuk mengamal atau melaksanakan tuntutan ajaran Islam meskipun mereka tidak bersetuju dengan ajaran Islam tersebut kerana menghormati tidak bermakna bersetuju.
Menghormati bermakna tidak menghalang. Sebagaimana Islam tidak boleh menghalang bukan Islam melaksanakan hak dan ajaran agama mereka justeru Islam dituntut menghormati mereka, demikianlah sebaliknya mereka juga tidak menghalang hak orang Islam untuk mengamal dan melaksanakan tuntutan ajaran Islam seperti undang-undang syariah Islam.
Inilah semangat dan ruh hormat – menghormati dalam perkara yang berbeza antara Islam dan bukan Islam.Sangat jauh bezanya jika kita melihat bagaimana Umno dan BN melayan hasrat PAS untuk melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah 11 di negeri Kelantan. Sejak awal dulu, pemimpin Umno biarpun mengaku muslim sangat konsisten untuk menolak perlaksanaan syariat Islam ini.
Umno bukan sahaja gagal menjadi budak baik tetapi kelihatan sangat naïf dan gugup apabila tergesa-gesa presidennya mengeluarkan komitmen enggan melaksanakan hukum Hudud yang menjadi sebahagian dari syariat Allah SWT sebaik sahaja disergah MCA yang mengancam mahu keluar dari BN jika Umno melaksana hudud.
Padahal
MCA hanya acah – acah sahaja untuk meninggalkan BN kerana mereka
terlebih awal tahu “perut pedal” Umno sangat “istiqamah” menentang dan
enggan melaksanakan hudud.PAS telah membuat pengisytiharan sejak 1993 (sebelum wujudnya Pakatan Rakyat) untuk melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah 11 apabila enakmen itu telah diluluskan di DUN Kelantan yang dikuasai oleh PAS pada waktu itu. Kemudiannya diperkukuhkan pula pengisytiharan itu pada tahun 2003 apabila Enakmen Jenayah Syariah tersebut dilulus dan digazetkan pula oleh DUN Terengganu apabila PAS menguasai negeri itu secara demokrasi.
Pengisytiharan dan hasrat tersebut tidak pernah dinasakhkan (dihapuskan) malah Kelantan terus membina semangat dan mendidik rakyatnya dengan menganjurkan siri wacana, diskusi, forum bagi menjelaskan hukum jenayah syariah (hudud) secara terperinci.
Terbaru,
Mursyidul Am PAS Datuk Abdul Aziz Nik Mat selaku menteri besar sekali
lagi mempertegaskan hasrat untuk melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah 11
setelah sekian lama tertangguh kerana berhadapan dengan pelbagai
kekangan. Saya melihat penegasan itu bukan retorik atau gimik menghadapi pilihan raya justeru itulah yang diulang saban tahun, sama ada tahun pilihan raya atau tidak. Sebaliknya penegasan itu datang dari iman dan taqwa beliau selaku seorang Islam, pula berilmu dan memiliki kuasa memerintah kerajaan negeri. ( Di Petik Dari Sini )
28 September 2011
Perbezaan Antara Hudud Pas Dengan Hudud Sebenar.
Undang-undang syariah terbahagi kepada tiga elemen iaitu :
- Hudud
- Qisas
- Ta’zir
- Hukum Hudud – Dari segi istilah Hudud ditakrifkan sebagai keseksaan yang telah ditetapkan oleh nas-nas Al-Quran dan As-Sunnah yang WAJIB dilaksanakan sebagai hak Allah S.W.T. Kadar hukumannya tidak boleh dipinda sama ada dikurang atau ditambah.
- Qisas – Dari segi syarak, Qisas bererti hukuman yang ditetapkan oleh syarak melalui nas-nas Al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah S.A.W. kerana kesalahankesalahan yang melibatkan hak individu. Mengikut hukum Qisas seseorang penjenayah mesti diikuti dengan hukuman yang sama sepertimana dia lakukan ke atas mangsanya. Kalau ia membunuh maka dia mesti dihukum bunuh.
- Diat – Diat adalah denda yang wajib dibayar kerana kesalahan jenayah sebagai ganti qisas. Bagi jenayah membunuh dengan sengaja, ada dua hukuman iaitu Qisas atau Diat. Diat hanya boleh dilaksanakan jika dipersetujui oleh waris. Jika tidak, Qisas bunuh dikenakan. Hukuman bagi jenayah Pembunuhan separuh sengaja dan pembunuhan tidak sengaja adalah Diat sahaja. Qisas tidak dikenakan.
- Ta’zir – Dan segi istilah ialah hukuman yang dikenakan ke atas orang yang membuat kesalahan dan maksiat atau orang yang mencuaikan kewajipan yang tidak ditetapkan hukuman keseksaannya di dalam Al-Quran dan Hadis atau hukuman yang dikenakan ke atas orang yang melakukan jenayah yang telah ditetapkan keseksaannya, tetapi tidak cukup syarat bagi mengenakan keseksaan itu. Kesalahan-kesalahan yang termasuk di bawah kategori ta’zir;
- (a) Kesalahan-kesalahan hudud atau qisas yang tidak cukup bukti untuk dikenakan hukuman hudud atau qisas.
- Kesalahan-kesalahan khalwat, mencuri yang tidak cukup nisab dan sebagainya.
- Perbuatan-perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam seperti menipu, berjudi, rasuah, mengedar dan penyalahgunaan dadah.
Hudud adalah milik Allah, dan telah ditetapkan oleh Allah. Tetapi mengapa pula boleh berbeza-beza mengikut negeri-negeri yang berlainan?
Sehingga kini ada tiga versi hudud Pas yang masing-masing berbeza:
- Pertama hudud Pas Kelantan yang bernama Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 mempunyai 72 fasal.
- Kedua hudud Pas Terengganu yang dibentang dalam seminar pada 12 Mei 2002 bernama Draf Cadangan Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu mempunyai 74 fasal.
- Ketiga Rang Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (EKJS) (Hudud dan Qisas) Terengganu 1423H/2002M yang mengandungi 67 fasal sahaja.
Draf yang dibentangkan pada seminar di Kuala Terengganu 12 Mei 2002 ada Bughah (Fasal 23, 24 dan 25).
Sedangkan dalam EKJS (II) 1993 Kelantan dan rang yang diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada 7-9 Julai 2002 tidak ada Bughah.
Mengapakah bughah diketepikan dalam kedua-dua undang-undang hudud itu? Draf Hudud oleh PAS didapati tidak memberi keadilan malah menzalimi rakyat.
Ini kerana Hudud dikatakan terpakai untuk orang Islam sahaja, sebagaimana petikan dlmsurat DrMahathir (Tun Dr Mahathir) kepada Nik Aziz, yang menyatakan;
Permasalahan yang akan menjadi perkara pokok dalam hal hudud ini ialah perlantikan hakim. Dalam urusan pelantikan hakim terdapat dua percanggahan besar. Pertama tidak merujuk langsung kepada 15 syarat kelayakan menjadi hakim mengikut hukum syarak.DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
- Jalan yang diambil oleh Kerajaan Pusat ini adalah juga berpandukan kapada kaedah yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam iaitu “tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kapada kepentingan ramai (muslihat umum)”.
- Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal oleh Kerajaan Pas di Kelantan, menurut kajian sehingga setakat ini tidak menampakkan dan tidak menyakinkan pakar-pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik bahawa ia selari dengan ajaran dan kehendak Islam sebagaimana yang telah diuruskan dengan bijaksana oleh Rasulullah SAW. dan para sahabat.
- Tidak perlu bagi saya menyatakan disini betapa banyaknya terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pentingnya keadilan dan lebih banyak bagi ayat-ayat yang mencela sebarang jenis kezaliman. Di samping itu Al-Quran juga sentiasa menggesa supaya dielak daripada terjadinya huru-hara dan Allah sendiri sangat tidak gemarkan kapada mereka yang menyebabkan huru-hara berlaku.
- Kita hanya bertindak balas terhadap sikap permusuhan dan serangan yang dilakukan terhadap kita. Di Malaysia, orang bukan Islam bukan sahaja tidak memusuhi kita tetapi mereka memberi kerjasama bahkan membantu kita dalam urusan-urusan yang bersangkutan dengan kegiatan dan amalan ajaran Islam.
- Khusus mengenai undang-undang jenayah Pas di Kelantan, kajian awal menunjukkan dengan jelas bahawa undang-undang itu yang disediakan menerusi perjuangan sebuah parti politik ternyata bukan sahaja menyebabkan ketidakadilan akan berlaku tetapi, sebaliknya ia akan membawa kezaliman. Kebenaran kenyataan ini adalah berdasarkan kapada keterangan berikut:
- Dakwaan bahawa undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di kalangan orang Islam sahaja dan tidak digunapakai untuk orang bukan Islam akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku.
- Memang benar di zaman Nabi Muhammad SAW., orang Yahudi biasa dihukum di bawah undang-undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi kitab Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbedza dengan hukum-hukum dalam al Quran.
- Mereka yang berzina umpamanya, akan dihukum rejam sama seperti hukuman terhadap jenayah yang sama bagi orang Islam. Justru itu tidak ada perbedzaan sama ada penjenayah dihukum di bawah undang-undang Islam atau Undang-undang Yahudi di zaman Nabi Muhammad SAW.
- Tetapi terdapat perbezaan yang amat ketara di antara hukuman di bawah undang-undang yang ada sekarang dengan hukuman di bawah undang-undang jenayah yang dicadangkan oleh kerajaan Pas di Kelantan.
- Menghukum orang Islam dengan lebih berat tetapi orang bukan Islam dengan amat ringan untuk jenayah yang sama atau jenayah dilakukan bersama amatlah tidak adil dan merupakan satu kezaliman, sedangkan undang-undang Pas akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman berlaku, maka undang-undang Pas tidak boleh diterima sebagai undang-undang Islam atau secucuk dengan undang-undang Islam ataupun selaras dengan ajaran Islam. Ia sebenarnya tertentangan dengan Agama Islam.
- Hukum Hudud Islam bertujuan untuk memberi keadilan kapada semua pihak. Ia bukanlah bertujuan untuk melakukan kezaliman. Undang-undang Pas jelas menunjukkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara akan berlaku. Justeru itu undang-undang yang disediakan oleh Pas bukanlah undang-undang yang menepati ajaran Islam. Ia hanyalah undang-undang ciptaan Pas yang bertentangan dengan penekanan oleh agama Islam yang menuntut supaya menghukum secara adil dan menolak sebarang kezaliman.
- Kerajaan Pusat akan sentiasa berpandu dan menerima ajaran-ajaran dan amalan Islam dari semua aspek tanpa diheret oleh kehendak organasasi politik yang mempunyai kepentingan yang lain daripada Islam dan kepentingannya.
- Jika undang-undang Pas yang jelas mengandungi unsur-unsur ketidakadilan dikuatkuasakan dinegara ini, dan jika ia dikatakan itulah Hukum Hudud Islam maka umat Islam dan juga anggota masyarakat bukan Islam akan hilang kepercayaan Islam membawa keadilan untuk penganutnya.
- Ia juga memberi gambaran yang buruk terhadap agama yang suci ini dan menjejaskan imej orang-orang Islam di kalangan penganut agama-agama yang lain. Ia tetap akan menyebabkan penganut agama lain menjauhkan diri daripada agama Islam dan menyebabkan orang yang berminat memeluk Islam menolaknya.
15 Julai 1994
Yang kedua rang EKJS (Hudud dan Qisas) Terengganu tidak ada peruntukan khusus mengenai syarat-syarat kelayakan menjadi hakim. Sebaliknya sekadar disentuh secara tumpang dalam fasal 66 (1) Mahkamah Bicara Syariah Khas yang berbunyi “…daripada hakim Mahkamah Tinggi Syariah atau daripada seorang yang berkelulusan dan berkelayakan dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Malaya.”
Yang peliknya apa yang dibentangkan dalam seminar 12 Mei 2002, bulat-bulat Pas Terengganu mencedok fasal 68 EKJS (II) 1993 Kelantan menjadi fasal 70 dalam `Draf Cadangan’ yang dibentang pada seminar di Kuala Terengganu. Tiba-tiba dalam rang yang diluluskan di DUN 7-9 Julai 2002 terus dibuang sahaja fasal berkenaan.
Apakah peruntukan fasal 68 EKJS (II) 1993 Kelantan itu tidak diiktiraf oleh Pas Terengganu? Tetapi harus diingat, apabila tidak mengikut syarat-syarat kelayakan dalam Islam maka seseorang hakim itu tidak sah melakukan perbicaraan.
Dengan itu seluruh proses Mahkamah Syariah Khas di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu menjadi tidak sah.
Jadi, kesimpulannya di sini ialah, Hudud Allah dengan Hudud Pas berbeza. Pas mengubahsuai Hudud Allah supaya memberi manfaat kepada mereka dan mengatakan Hudud Pas adalah Hudud Allah. Mereka juga mendakwa, menolak Hukum Hudud PAS samalah seperti menolak Hudud Allah.
Hukum Hudud Allah tak boleh dipinda atau dikurangkan. Jika hitam, maka hitamlah, tidak boleh dicat putih ataupun kelabu.
Jelaslah Pas memperalatkan Agama Islam demi kepentingan politik. Kemudian menuduh UMNO kafir semata-mata kerana Tun Mahathir menolak Hudud Pas.
26 Ogos 2010
PBB desak Israel benar tapak nuklear diperiksa
Pegawai kerajaan Israel mengesahkan kepada Channel 10 TV bahawa Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Yukiya Amano akan membangkitkan kebimbangan beberapa negara anggota badan itu mengenai dakwaan kemampuan nuklear Israel.
Amano tiba di Israel dua hari lalu dalam lawatan berprofil rendah selama tiga hari merangkumi pertemuan dengan Presiden Shimon Peres hari ini dan Timbalan Perdana Menteri, Dan Meridor yang juga Menteri Tenaga Atom.
Israel adalah satu daripada tiga negara di dunia termasuk India dan Pakistan yang tidak menandatangani NPT dan secara meluas dianggap sebagai satu-satunya kuasa nuklear walaupun ia tidak pernah disahkan atau dinafikan secara rasmi.
IAEA meluluskan resolusi pada September lalu, menuntut Israel menangani isu tersebut. Resolusi yang disokong anggota Majlis Keselamatan PBB, Rusia dan China, diluluskan dengan margin 49-45 dengan 16 berkecuali.
Media Israel melaporkan adalah janggal apabila Amano tidak bertemu dengan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanan Ehud Barak. Channel 10 TV melaporkan rancangan pertemuan dibatalkan dan mereka hanya berbicara melalui panggilan telefon.
Amano turut melawat Pusat Penyelidikan Nuklear Soreq, institut penyelidikan di pinggir Laut Mediterranean yang mempunyai reaktor nuklear lima megawatt.
Ia dilihat sebagai kemenangan ke atas negara-negara Arab yang menaja gerakan itu.
Amano bagaimanapun tidak akan melawat sebuah lagi fasiliti nuklear dekat bandar Dimona di padang pasir Negev, yang menempatkan reaktor jenis IRR-2 penyejukan air berat dan sederhana yang menggunakan bahan api uranium semula jadi dengan kemampuan nominal 26 megawatt. - REUTERS
14 Jun 2010
Dr M setuju beri lesen pertaruhan sukan
| Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan bantahan pembangkang terhadap usaha meluluskan lesen judi sukan di negara ini bukanlah disebabkan ajaran agama, tetapi demi kepentingan politik semata-mata. "Bantahan itu kerana politik, bukan kerana Islam. Takkanlah DAP pun hendak dokong ajaran Islam. (Bila) DAP pun dapat sertai (bantahan), ini (menggambarkan) politik parti pembangkang hendak cari isu. "Sedangkan dalam muktamar PAS ada cadangan suaya semua jenis judi diharamkan, tetapi PAS tak hendak," katanya ketika ditanya tentang bantahan pembangkang melalui pelbagai cara seperti ceramah dan demonstrasi. Beliau mempersoalkan kenapa PAS lantang menentang judi sukan di negara ini kerana terdapat pelbagai lagi jenis judi lagi. "Yang dia (PAS) kata tak boleh, (judi) sukan, bola sepak (sahaja). (Bantahan) ini politik, kita kena asingkan soal politik dengan soal agama. "Bagi PAS, agama adalah alat politik mereka," katanya. Bercakap dalam sidang media selepas berucap dalam perhimpunan 'Melayu Bangkit' di Kuala Terengganu hari ini, Dr Mahathir juga berkata masyakarat hendaklah mengakui, sama ada suka atau tidak, aktiviti perjudian memang berlaku di negara ini. 'Kalau Melayu berjudi, tangkaplah' "Saya berpendapat bahawa ada lesen ataupun tidak, judi memang ada di negara kita ini kerana orang Cina memang suka berjudi. "Tetapi kalau dia berjudi tanpa lesen, tidak ada cara untuk kita menentukan perjudian itu tidak berleluasa," katanya menyokong cadangan kerajaan itu. Tambahnya, orang Cina yang ingin berjudi tidak boleh dihalang bagi melakukannya kerana ia "hanya haram bagi orang Islam" "Orang Islam jangan berjudilah. Kalau dia pergi berjudi, tangkaplah. Sama juga (bila) orang Islam tidak makan babi. "Kalau orang bukan Islam hendak makan juga, itu hak dialah," katanya. Ditanya tentang khabar angin kerajaan mahu melindungi hartawan Vincent Tan yang didakwa membantu Umno dalam pilihan raya, sambil ketawa kecil, Dr Mahathir menafikan perkara itu. "Tidak, Vincent Tan selama ini dia meniaga di luar negeri, di negeri Cina, di Vietnam, di Korea. Dia tak payah cari duit di sini," katanya. NGO tak yakin pada Umno semata-mata Tambahnya, lagi pun, Vincent telah mendermakan wang sebanyak 500 juta hasil penjualan Ascort Sport Sdn Bhd kepada kumpulan BERJAYA. "Dan dana itu untuk semua orang, bukan untuk Umno.... Orang lain pun dapat. Saya fikir Vincent ini, bukan saja dia bagi duit pada Umno. Saya ingat dia bagi pada parti lawan pun sama. "Saya ingat, (itu) hendak tentukan dia tak ada masalah (dengan dua-dua pihak). Orang perniagaan macam itulah, hati-hati, sebelah itu dia sokong, belah ini pun dia sokong," katanya. Sementara itu, mengulas tindakan 45 NGO Melayu mengadakan perhimpunan di negeri itu hari ini, Dr Mahathir berkata ia menunjukkan mereka tidak lagi yakin kepada perjuangan Umno semata-mata. "Mereka perlu menjadi kumpulan pendesak. Ini bermakna ada sesuatu yang tidak disenangi oleh orang Melayu," katanya. "Saya khuatir. Orang Cina nampaknya tidak hendak sokong BN lagi. Dan jika tidak juga dapat sokongan daripada orang Melayu, kemungkinan BN akan kalah." | ||||||
| |
Senjata makan tuan
Usul Nik Aziz terajui PR KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat disaran menjadi peneraju Pakatan Rak-yat (PR) kerana kewibawaan dan kejayaannya menerajui Kelantan selama 20 tahun. » selanjutnya
Sedarkah Pas bahawa semasa dibawah kepimpinan tok-tok lebai pondok dahulu, Pas sebenarnya tidak mendapat sambutan kecuali dari kalangan lepasan pondok mereka sahaja, namun kini setelah ramai golongan intelek yang telah menyertai Pas, maka mereka perasan bahawa Pas telah mendapat sambutan, dan golongan ini pun mula mahu mencari kesempatan.
Sebenarnya kehadiran ramai golongan intelek menyertai Pas bukan sangat kerana mempercayai perjuangan dan hala tuju negara yang diimpikan oleh golongan itu, tetapi lebih kepada hilangnya kepercayaan mereka kepada pegangan kehidupan dan amalan harian golongan politik yang sedang memerintah.
Namun adalah dipercayai apabila golongan Pas ini berjaya memerintah nanti, mereka juga akan berhadapan dengan godaan peluang yang akan mendatang tanpa boleh disekat -sekat itu.
Bebalik kepada tajuk akhbar yang menjadi rujukan kita kali ini yang kononnya mahukan Nik Aziz menerajui PR, semua ini mengggambarkan bahawa Pas ini mudah lupa diri, oleh kerana kini mereka mendapat sokongan rakyat sehingga memunkinkan mereka boleh memerintah maka mulalah mereka meminta perkara-perkara yang diluar kemampuan mereka sendiri.
Begitu juga tentang hasrat Pas yang mahu meletakkan calon bukan Islam mewakili parti tersebut, ini juga menggambarkan tentang perancangan tamak mereka yang mahu menguasai PR di satu masa nanti.
Memang jelas, andaikata perancangan mereka berjaya meletakkan calon bukan Islam dan memperolehi kemenangan pula, diketika itu kerjasama dengan PKR dan DAP sudah tidak diperlukan lagi.
Diketika itu sudah pasti didalam muktamar berikutnya akan ada desakan dari kalangan ahli yang meminta supaya kerjasama didalam Pakatan Rakyat dikaji semula kerana merasakan kerjasama tersebut tidak menguntungkan Pas lagi, sebaliknya membebankan pula.
Bagaimana jikalau ada perancangan didalam DAP pula yang mahu meletakkan lebih ramai calun dari kalangan orang Melayu untuk bertanding dikawasan yang majoritinya orang Melayu, kalau ini berlaku sudah tentu akan berlaku pertembungan dan peperangan politik didalam sesama Pakatan Rakyat.
Apakah yang akan berlaku selepas itu ? sudah tentu perancangan yang kononya mahu merampas Putra Jaya menjadi angan-angan dan mimpi disiang hari sahaja................
Jelaslah kini bahawa politik yang diamalkan oleh Barisan Nasional jauh lebih jujur dan masih lagi relevan, sekurang-kurangnya untuk beberapa tahun lagi........
16 Mac 2010
SIS dukacita dituduh 'menghina Islam'
SIS mendakwa tuduhan yang dibuat itu tidak berasas dan amat bercanggah dengan "prinsip keadilan, kesaksamaan dan kebebasan bersuara yang mendokong ajaran agama Islam kita sendiri."
"Amat malang sekali apabila tuduhan sedemikian dibuat oleh pihak berkuasa agama negeri yang sepatutnya memainkan peranan mendidik, membantu menyelesaikan masalah dan bersedia mendengar aduan dan kebimbangan dari kalangan masyarakat Islam," katajurucakap SIS, Rashidah Abdullah.
"Apalagi, ia berlaku pada masa Malaysia serta keseluruhan dunia Islam sedang diberi imej negatif sebagai tempat di mana bertapaknya keganasan dan sikap tidak bertoleransi keagamaan.
"Sikap sedemikian menguatkan lagi prasangka terhadap Malaysia dan umat Islam umumnya," tegas Rashidahdalam satu kenyataan hari in.
Menurutnya, SIS percaya bahawa kesedaran kerohanian dan pendidikan moral adalah senjata paling berkesan untuk membanteras gejala sosial di kalangan masyarakat, dan bukannya hanya melalui hukuman.
"Islam mengajar kita supaya mengasihi sesama manusia dan tidak menggalakkan sikap tergopoh-gapah dan keghairahan hendak menghukum orang lain. Sifat Allah SWT sendiri adalah Maha Penyayang dan Maha Mengasihani, dan ini ditekankan didalam al-Qur'an.
"Adakah menghina Islam untuk menekankan sifat Allah SWT yang ar-Rahman dan ar-Rahim, dan Sunnah Rasulullah SAW yang lebih cenderung untuk mengelak daripada mengenakan hukuman?
"Adakah menghina Islam untuk mengingatkan umat Islam bahawa di sebalik ayat-ayat Qur'an yang menyebut mengenai hukuman, misalnya bagi kesalahan zina dan qazaf dalam Surah an-Nur (ayat 2-4), serta juga kesalahan mencuri dalam Surah al-Maa'idah (ayat 38), diikuti pula dengan ayat mengenai pengampunan bagi mereka yang bertaubat Surah an-Nur (ayat 5); Surah al-Maaidah (ayat 39) kerana Allah SWT Maha Pengampun (al-Ghafur) lagi Maha Mengasihani (al-Rahim)," katanya.
Pihak SIS, tegas beliau, tidak pernah menghina Islam, "malah kami telah banyak menyumbang kepada usaha meningkat dan memperbaiki imej Islam dan umatnya di Malaysia dan di seberang laut."
"Latar belakang kerjaya dan kegiatan-kegiatan lampau pihak SIS sebagai penulis dan aktivis yang telah mempertahankan imej Islam dan kepentingan umat Islam di seluruh dunia telah sengaja
diketepikan terus," tambahnya.
Rashidah berkata, penulisan dan kegiatan SIS adalah sebahagian daripada daya usaha mencari penyelesaian kepada cabaran-cabaran masakini.
SIS, tambahnya, telah memilih untuk berbuat demikian dalam rangkakerja Islam kerana SIS percaya bahawa Islam berupaya menyediakan penyelesaian kepada masalah dan kelemahan masyarakat kita untuk kebaikan umat Islam sendiri.
"SIS telah berusaha membina jambatan persefahaman supaya Islam dapat lebih difahami oleh orang Islam dan yang bukan Islam. SIS sentiasa juga mengecam prasangka negatif yang ditunjukkan dan ditujukan dengan lantang kepada Islam dan umatnya tanpa teragak-agak.
"Sebagai pakar dalam pelbagai bidang dan disiplin, termasuklah sains politik, agama, sejarah, sosiologi, undang-undang, hal-ehwal wanita, kewartawanan dan lain-lain, pihak SIS berasa bahawa adalah menjadi hak dan tanggungjawab kami untuk menyumbang kepada pembangunan ilmu dan kefahaman Islam di negara ini, selaras dengan prinsip keadilan, kesaksamaan dan belas kasihan dalam ajaran Islam.
"Inilah sebab mengapa SIS memandang serius tuduhan tersebut yang tidak wajar dan mahu membisukan suara dan menafikan kepada kami hak penyertaan dalam kehidupan sosial dan budaya Islam," tambahnya.
Katanya, dalam keadaan di mana agama Islam semakin berpengaruh membentuk semula corak kehidupan dan
masyarakat di Malaysia, undang-undang serta polisi awamnya, maka usaha untuk menyisihkan mereka yang berpandangan berbeza dan kritikal dalam perbahasan isu-isu mengenai Islam di Malaysia pada hari ini, merupakan pencabulan hak-hak asasi warganegara demokratik.
"Ia juga merupakan pencabulan terhadap prinsip yang dihargai dalam tradisi Islam mengenai perbezaan pendapat (ikhtilaf) di kalangan pelbagai mazhab dan para ulama atau sarjana Islam.
"Supaya Islam menjadi relevan dan lebih difahami oleh rakyat Malaysia, maka semua pihak mestilah berhak mengambil bahagian dalam mentakrifkan apakah maksud ajaran Islam kepada kita semua sebagai warganegara dalam masyarakat berbilang kaum dan agama.
"Kebebasan bersuara adalah nilai sejagat yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan, Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat dan ditegaskan dalam ajaran Islam," katanya.
12 Februari 2010
'Tulang besi' adu salahlaku pemimpin PAS
![]() |
Penulis blog tersebut, Abdul Rahman Abdul Talib yang lebih dikenali sebagai 'Tulang Besi' mengemukakan empat aduan terhadap mereka, dengan mendakwa:
1. Dr Hasan dan Nasaruddin telah mendedahkan rahsia parti berkaitan 'bai'ah ta'lik' kepada penulis blog di kediaman pesuruhjaya PAS Selangor itu.
2. Ahli majlis syura ulama PAS telah meluluskan kertas kerja tulisan Dr Haron bertajuk 'Tahaluf Siyasi: Pasca 2008" yang telah membawa kepada perjumpaan-perjumpaan gelap dengan Umno yang juga telah menyebabkan perpecahan dalam PAS.
3. Dr Haron melanggar keputusan serta pendirian rasmi PAS dalam isu 'kalimah Allah' dengan menghadiri sebuah forum yang dirasmikan oleh ketua pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
4. Dr Hasan telah menyebarkan fitnah dan penipuan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, justeru melanggar usul muktamar PAS di Shah Alam dan Ipoh.
Tulang Besi yang baru tiba dari Indonesia berkata, beliau menyerahkan empat aduan tersebut bersama-sama sekeping cakera padat yang mengandungi bukti berbentuk audio berhubung salahlaku pemimpin kanan PAS tersebut.
Aduan tersebut diserahkan kepada Setiausaha Kerja PAS Pusat, Abdul Rahim Saidin di pejabat parti itu kira-kira jam 10.45 pagi ini.
Dalam sidang media selepas menyerahkan aduan tersebut, beliau berharap dengan aduan tersebut, pihak PAS membuat siasatan dan mengambil tindakan yang tegas.
"Tanggungjawab untuk menjaga parti daripada dilanda masalah displin terletak kepada semua orang, tidak hanya terletak kepada orang bawah sahaja. Kalau orang bawah boleh displin, orang atas kena lebih displin," katanya.
Abdul Rahman berkata perjumpaan Dr Hasan dan Nasaruddin dengan penulis blog dari Umno dan PAS di kediaman pesuruhjaya PAS Selangor itu, berlangsung pada 25 Oktober tahun lalu.
Dalam pertemuan tersebut, mereka didakwa mendedahkan rahsia parti berhubung bai'ah ta'lik kepada penulis blog tersebut.
Bai'ah adalah sumpah taat setia bahawa akan jatuh talak tiga terhadap isteri masing-masing jika calon-calon PAS yang menang mengkhianati parti - bagi mengelakkan risiko mereka lompat parti.
Tulang Besi juga dilaporkan sebelum ini menyiarkan rakaman audio tersebut di dalam blognya, November tahun lalu.
Mengulas mengenai aduan kedua, Abdul Rahman mendakwa keputusan Majlis Syura Ulama pada 24 April 2008 yang meluluskan kertas kerja yang ditulis Dr Haron Din itu.
Katanya kertas kerja tersebut adalah "satu titik tolak pepecahan dalam PAS" yang mencadangkan supaya "mengadakan perbincangan dengan Umno".
Bagaimanapun, kata Abdul Rahman, keputusan tersebut melanggar perlembagaan parti kerana "Majlis Syura Ulama tidak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan seperti itu" dan " tidak pernah dirujuk kepada jawatankuasa kerja PAS Pusat".
"Keputusan itu tidak mewakili Majlis Syura Ulama. Setakat yang dimaklumkan kepada saya, tidak ada minit mesyuarat. Mungkin ia hanya perbincangan biasa... Ia tidak dibincang dalam mesyuarat ahli jawatankuasa PAS Pusat," katanya.
![]() |
Dalam aduannya, Abdul Rahman menyifatkan kehadiran bekas ahli panel Forum Perdana Islam itu dalam forum tertutup yang diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan pada 13 Januari lalu adalah "satu bentuk sokongan yang jelas kepada keputusan NGO" yang menyatakan penggunaan kalimah itu adalah hak eksklusif orang Islam sahaja.
Berhubung aduan keempat, Dr Hasan didakwa menyebarkan fitnah tentang Pakatan Rakyat di Selangor, dalam pertemuannya dengan penulis blog Umno dan PAS pada 25 Oktober itu.
Dalam aduannya, Abdul Rahman memberi contoh fitnah yang disebarkan adalah berhubung isu projek "Plug And Play" di Selangor.
Berdasarkan rakaman audio itu, Abdul Rahman mendakwa Hasan Ali menyatakan tiada elemen dan kepentingan bumiputera dan Melayu sewaktu kerajaan Pakatan Rakyat Selangor melaksanakan projek ini.
"Tindakan Dr Hasan jika tidak dibendung, akan berlaku pepecahan (dalam Pakatan Rakyat)," katanya.
Ditanya sama ada beliau bersedia untuk menerima sebarang tindakan displin berhubung pendedahan berani ini, Abdul Rahman berkata:
"Saya sanggup menerima apa-apa risiko. Saya berpihak kepada kebenaran dan saya ada bukti. Parti harus dijaga. Saya tidak takut".
Abdul Rahman berkata beberapa aduan berhubung perkara tersebut sebelum ini pernah dikemukakan kepada pejabat agung PAS dan jawatankuasa displin parti melalui emel sejak November lalu.
Bagaimanapun tidak ada maklum balas berhubung aduan beliau itu, tambahnya.
05 Januari 2010
Susahnya menjadi Raja Petra Kamaruddin
Persoalannya kenapa Raja Petra terus diburu ? jawabnya kerana beliau begitu berani mendedahkan segala penyelewengan yang di lakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional, termasuk oleh Rosmah Mansor.............
23 Disember 2009
Sangat wajar di hukum sebat 100 rotan
Oleh Hamid Salleh
bhkt@bharian.com.my
Pelajar curi keluar jumpa kekasih mengaku selalu berzina
KUALA TERENGGANU: Selepas beberapa kali mengadakan hubungan seks dengan teman lelakinya, kegiatan remaja berusia 15 tahun di Kampung Nyiur Tujuh, Besut, dihidu keluarga kerana pulang ke rumah pada awal pagi, Khamis lalu.
Selepas ditangkap keluarganya ketika menyelinap masuk ke rumah pada dinihari, pelajar Tingkatan Tiga terbabit tidak dapat berselindung lalu mengaku sudah terlanjur.

Katanya, kejadian pertama berlaku di bilik rumah mangsa, di taman perumahan kos rendah di Nyiur Tujuh jam 3.30 pagi pada 15 Disember lalu.
Kamaruddin berkata, mangsa selalu keluar rumah melalui pintu belakang, termasuk pada kejadian kira-kira jam 2 pagi, 17 Disember lalu untuk bertemu teman lelaki sebelum membonceng motosikal ke kedai makan di Jalan Kampung Lampu, Kampung Raja.
Beliau berkata, mereka mengadakan hubungan sex di kedai makan itu sebelum dihantar pulang.
Kamaruddin berkata, suspek berusia 19 tahun sudah dikenal pasti dan usaha mencarinya sedang dijalankan.
Katanya, mangsa dihantar untuk membuat pemeriksaan lanjut di Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Krian, Kelantan.
Dari apa yang dipaparkan diatas, jelas yang sigadis adalah pesalah pertama, akibat kegatalannya, dia sanggup keluar rumah ikut pintu belakang jam 2.00 pagi.
Tetapi mengikut undang-undang sivil kita, pesalah pertama adalah silelaki itu kerana mengadakan hubungan sex dengan gadis bawah umur, dan jika didakwa boleh dihukum penjara atas kesalahan merogol.
Biasanya si gadis akan terlepas, kerana masih bawah umur, kalau sudah melepasi umur 18 tahun, dua-dua akan terlepas................
22 Disember 2009
Kebaikan seks selepas bersalin.
![]() |
| |
AMALAN di kalangan wanita di Kelantan, mereka lazimnya tidak melakukan hubungan kelamin untuk selama 100 hari selepas bersalin. Apabila ditanya kenapa, tidak ada jawapan yang khusus, ia hanya amalan turun temurun daripada emak kepada anak.
Walaupun tidak ada hubungan kelamin, mereka masih tidur bersama suami. Kecekalan serta daya tahan ini memerlukan dedikasi yang padu. Dari segi perancangan keluarga, amalan ini memberangsangkan.
Kelahiran
Lain bangsa lain pula amalan mereka. Tidak ada bukti kenapa setiap amalan diperlakukan. Walaubagaimanapun, tempoh yang diamalkan ini boleh dikatakan bagus kerana wanita sempat mengembalikan kecergasan fizikal selepas kepenatan bersalin serta mengandung selama 40 minggu.
Suami sepatutnya lebih arif serta memahami tugas serta tanggungjawab baru sebagai seorang bapa. Hubungan suami isteri bukanlah hanya hubungan kelamin semata-mata, ia lebih dari itu!
Walaupun hubungan kelamin semasa mengandung kerap serta aktif dan menyeronokkan tetapi lain pula selepas bersalin. Hubungan kelamin bukanlah agenda utama untuk beberapa julat masa akan datang selepas ketibaan ahli keluarga baru.
Proses kelahiran merupakan proses fizikal yang meletihkan. Bayangkan isteri terpaksa menahan kesakitan serta kontraksi rahim untuk berjam-jam lamanya sama seperti pelari marathon semasa Sukan Olimpik! Tentulah isteri akan keletihan serta kelesuan, apatah lagi apabila diberi ubat penahan sakit jenis narkotik semasa proses kelahiran.
Kemuncak emosi berlaku apabila ibu melihat bayi yang dilahirkan sihat serta selamat.
Badan ibu akan mengambil masa untuk pulih kembali, terutamanya selepas mengalami perubahan hormon semasa mengandung. Adaptasi serta fokus isteri sekarang sebagai seorang ibu mula menampakkan keanggunan seorang wanita.
Tempoh selepas bersalin dikenali sebagai ‘postpartum’, kehadiran si sayang baru menambahkan lagi keberkesanan perhubungan serta komunikasi.
Kemaskini cara berkomunikasi suami dan isteri sebelum agenda hubungan kelamin bermula. Suami tentu dan perlu memahami akan tanggungjawab masing-masing terhadap si kecil dan juga sesama sendiri.
Keinginan
Kerana kesibukan tanggungjawab baru, mungkin isteri terlupa akan hubungan kelamin. Ada doktor yang menasihati supaya berehat dari hubungan kelamin selama 6 minggu, namun nasihat ini sebenarnya tidak ada bukti kukuh.
Ada doktor yang nasihatkan supaya berehat di antara 3 hingga 6 minggu, bergantung kepada:
* Berhentinya darah dan juga discaj selepas bersalin.
* Penyembuhan luka dari episiotomi di faraj semasa proses kelahiran
* Penyembuhan dari pembedahan caesarean
Sebab-sebab lain yang menyebabkan keinginan hubungan kelamin menurun selepas bersalin termasuklah:
* Keletihan dan kelesuan dari tanggungjawab baru kerana setiap kelahiran merupakan pengalaman baru. Banyakkan meminum air serta mengambil makanan yang berkhasiat. Senaman ringkas khas untuk mereka selepas bersalin juga boleh mengurangkan ketegangan.
* Ketegangan dan rasa tidak selesa, mungkin juga kesakitan dari tempat jahitan episiotomi dan juga di abdomen dari kelahiran caesarean.
* Menyusu badan menyebabkan cairan lubrikasi di faraj menurun, jadi faraj menjadi kering dan hubungan kelamin jadi menyakitkan. Ada banyak cecair pelincir yang boleh didapati di farmasi untuk mengelakkan kekeringan.
* Anggapan bentuk badan sekarang tidak menarik, berat badan bertambah dan kulit pula menampakkan belang-belang di bahagian abdomen (selalu berlaku di kalangan orang Malaysia kerana mempunyai pigmen warna kulit yang lebih).
* Cemas dan was-was tentang peranan sebagai ibu, apatah lagi melihat si comel yang begitu lemah serta sensitif.
* Fokus terganggu dengan bunyi tangisan si comel, langsung mengganggu aktiviti kelamin.
Suami juga dipengaruhi oleh faktor-faktor sama dengan para ibu dan mereka mungkin tidak bersyahwat dan langsung tidak berupaya untuk hubungan kelamin. Jangan bimbang, sama-samalah berbincang dan hadapi setiap hari bersama.
Termengandung?
Isteri serta suami mungkin tidak bersedia untuk seorang lagi si comel untuk masa sekarang. Sekiranya ibu menyusu badan secara 100 peratus (tidak mengamalkan susu formula), proses ovulasi mungkin berlaku selepas 3 bulan.
Tetapi, sekiranya pengenalan susu formula dilakukan bertindih dengan penyusuan badan, ovulasi mungkin berlaku selepas 3 minggu.
Jadi, berbincanglah antara suami isteri akan kaedah kontraseptif terbaik.
Berjumlah dan minta nasihat doktor atau jururawat semasa lawatan susulan bayi.
Kondom merupakan kaedah perancang keluarga terbaik untuk peringkat ini kerana ibu masih menyusu badan. Sekiranya ibu yang menerajui kontraseptif, pil yang mengandungi progesteron sahaja yang terbaik kerna ianya tidak mengurangkan jumlah susu.
Untuk alat dalam rahim, pastikan dahulu yang saiz rahim telah kembali ke saiz sebelum mengandung.
Hubungan kelamin mempunyai kebaikannya sendiri. Hormon yang dikeluarkan boleh mencepatkan lagi proses penyembuhan setelah bersalin. Begitulah juga dengan penyusuan badan. Rahim akan cepat ke saiz asal. Sekiranya penyusuan badan tidak diamalkan 100 peratus, kitaran haid ibu mungkin kembali pada minggu keempat.
Secara langsung, mungkin diamati sebagai darah dari proses bersalin yang tidak lagi berhenti dan tiba-tiba jumlahnya banyak dari biasa. Ingat, penyusuan badan merendahkan hormon estrogen wanita dari ovari. Ini akan menyebabkan suasana dalaman faraj kering.
Jadi sekiranya hubungan kelamin dilangsungkan, pastikan cecair pelincir digunakan. Mungkin juga isteri serta suami boleh melambatkan hubungan zakar-faraj dengan meningkatkan tempoh sentuh menyentuh atau cumbuan.
Perubahan
Mungkin para ibu mengamati yang garis pusat faraj serta kontraksi otot-otot di sekitarnya tidak sebagaimana sebelum bersalin. Jangan runsing, dengan penyusuan badan serta latihan senaman khusus di bahagian pinggul dan perineum akan mengembalikan struktur asal dengan lebih berkesan. Sekiranya tidak berpuas hati, berjumpalah dengan doktor untuk nasihat.
Untuk seketika selepas bersalin, disebabkan paras hormon wanita estrogen serta progesteron jatuh dengan pantas, para ibu akan mengalami keadaan seakan-akan ‘menopaus’ terutamanya pada kawasan sekitar faraj. Tahap pH faraj akan meningkat dan sel-sel yang melindungi faraj dari irritasi berkurangan, menyebabkan ibu terdedah kepada gangguan serta iritasi dari sabun ataupun cecair pencuci faraj.
Jangkitan pada faraj pada waktu ini mudah berlaku, apatah lagi dengan kehadiran darah dan juga discaj. Jadi, berhati-hatilah dengan dengan produk pelincir yang digunakan, ataupun jenis-jenis kondom yang digunakan.
Penjagaan perineum juga amat penting selepas kelahiran. Perineum adalah bahagian tubuh puan di antara faraj dan dubur. Pastikan kawasan tersebut bersih dan kering. Ini meningkatkan lagi proses penyembuhan. basuh tangan setiap kali puan menukar tuala wanita.
Keringkan dengan menyapu dari depan ke belakang, supaya kuman dari bahagian dubur tidak merebak. Jahitan episiotomi, biasanya akan hilang dalam masa dua minggu.
Emosi
Ada juga di kalangan ibu-ibu yang mengalami perubahan emosi selepas bersalin. Ini juga menyukarkan perhubungan kelamin sekiranya aktiviti ini ingin dimulakan. Kemurungan ini akan dibebankan lagi dengan tanggungjawab baru sebagai seorang ibu, perubahan masa serta perubahan perhubungan di antara suami serta si comel.
Perasaan juga terganggu dengan perubahan hormon yang berlaku pada badan ibu.
Adalah tidak janggal untuk ibu berasa cemas, kurang tidur, rasa keresahan serta kemurungan, kadang-kala mungkin menangis, sedih dan mudah terguris. Suami harus memahami perubahan yang dilalui oleh isteri. Semua ini normal sekiranya berlaku dalam tempoh dua minggu dan akan segera hilang apabila penyesuaian dengan persekitaran baru berlaku.
Tetapi sekiranya berterusan, segera berbincang dengan doktor!
20 Disember 2009
Dasar Pakatan Rakyat Gugat Keselesaan BN?
'DUNIA baru' seperti yang digambarkan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ekoran permuafakatan gabungan tiga parti pembangkang paling berpengaruh iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP seakan baru menjanjikan kerlipan untuk mewarnai arena politik di Malaysia.
Gabungan yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat (PR) dibina atas dasar persefahaman politik kira-kira 20 bulan lalu selepas pilihan raya umum 2008, kini dilihat semakin dewasa terutama selepas berakhirnya Konvensyen Pakatan Rakyat yang pertama semalam.
Walaupun entiti politik kedua terbesar itu dibina secara tidak rasmi, namun kewujudannya sudah dirasai terutamanya bagi menggugat kedudukan Barisan Nasional (BN) yang sudah sekian lama mentadbir negara ini dengan begitu selesa.
Nampaknya gambaran 'dunia baru' oleh Nik Aziz semasa menyampaikan ucapan penggulungannya semalam di hadapan kira-kira 1,500 perwakilan bukan satu kiasan biasa yang kosong tanpa maksud tersirat.
"Saya tengok dengan mata saya sendiri hari ini, saya rasa seperti berada dalam dunia baru... dunia yang sesuai dengan pendirian saya, dengan akidah dan agama saya," katanya.
Penantian sekian lama banyak pihak mengenai sejauh mana ikhlasnya permuafakatan yang terbina antara PKR-PAS-DAP akhirnya terjawab dengan lahirnya dokumen Dasar Pakatan Rakyat yang dipersetujui secara sebulat suara.
Pada akhir konvensyen semalam, semua perwakilan yang hadir mengangkat tangan tanda setuju menerima kandungan dasar empat perkara penting yang menjadi asas kepada pembentukan PR.
Secara simboliknya, Ketua Umum PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Guan Eng menandatangi dokumen bersejarah berkenaan tanda persefahaman.
Persoalannya adakah dengan pengukuhan PR bersandarkan Dasar Pakatan Rakyat yang ditandatangani itu membawa maksud akan berakhirnya hegemoni politik yang dikuasai BN di Malaysia?
Mampukah tsunami politik yang melanda negara pada 2008 berulang lagi pada pilihan raya umum akan datang dengan kesan pukulan yang lebih dahsyat?
Bagaimanapun setelah mengikuti keseluruhan konvensyen PR semalam, dapat disimpulkan bahawa jurang pemikiran antara barisan pimpinan dan perwakilan yang menyertai perbahasan begitu ketara terutamanya dalam menentukan hala tuju mereka.
Di atas kertas, empat dasar yang dipersetujui itu digariskan dengan agak jelas walaupun tanpa perincian, namun sebahagian besar daripada 18 pembahas masih lagi terikat dengan pemikiran yang sedikit terbelakang kerana menggunakan pentas sulung konvensyen berkenaan sebagai medan untuk 'menghentam' BN dan Umno.
Sepatutnya pembahas dari setiap parti komponen menggunakan peluang yang ada untuk mengemukakan pandangan atau kritikan mengenai mekanisme pelaksanaan dasar berkenaan yang masih kabur.
Mungkin keterujaan berbahas kali pertama di atas satu pentas yang sama sebagai satu gabungan membuatkan mereka hilang fokus sebenar konvensyen itu diadakan.
Perkara pokok yang terkandung dalam dasar berkenaan ialah PR akan tetap mempertahankan Pelembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama rasmi bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman.
Selain itu, PR juga akan tetap melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera serta kepentingan kaum-kaum lain di negara ini sejajar dengan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan dan memartabatkan bahasa Melayu selari dengan perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.
Jika diteliti kandungannya secara terperinci, ternyata mereka masih berpegang teguh kepada prinsip utama kandungan Perlembagaan Persekutuan.
Malah Anwar turut mengakui bahawa kesemua elemen yang terkandung dalam dasar berkenaan tetap berpegang kepada prinsip yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan.
"Kita sekadar ulangi prinsip Perlembagaan yang umum, itu kita lakukan dulu dan kemudian kita mantapkan.
"Tapi kenyataannya sekarang ialah adanya perjanjian baru dalam sejarah Malaysia iaitu dengan lahirnya generasi yang telah matang," katanya semalam.
Bagi situasi ini, tentunya terdapat antara komponen PR yang terpaksa 'pejam mata' mengenai beberapa dasar terutamanya apabila melibatkan isu bahasa dan agama Islam.
Namun atas dasar penyatuan matlamat politik yang sama, banyak pengorbanan perlu dilakukan walaupun masing-masing mempunyai agenda dan dasar pejuangan politik yang berbeza.
'Pengorbanan' pertama yang turut mencuri tumpuan pada konvensyen semalam ialah apabila Pengerusi DAP, Karpal Singh sanggup duduk bersebelahan Nik Abdul Aziz.
Malah Karpal sendiri dalam ucapannya secara berseloloh berkata beliau tidak mempunyai masalah untuk bersama Menteri Besar Kelantan itu bagi merealisasikan hasrat bersama dalam PR.
"Apa masalah? Tidak ada apa-apa masalah, bukan sahaja saya duduk sebelah Tuan Guru Nik Aziz, tapi pertengahan (antara) Nik Aziz dan Tuan Guru Hadi," katanya sambil disambut dengan tepukan gemuruh perwakilan.
Jelas sekali pengorbanan Karpal itu akan memberi tamparan hebat kepada BN kerana PR akan melakukan apa sahaja untuk meraih sokongan rakyat bagi memenangi pilihan raya umum ke-13 nanti.
Mungkin juga 'dunia baru' yang digambarkan Nik Abdul Aziz semalam ada kaitan dengan hubungan sesama mereka dalam PR dan seterusnya melupakan segala persengketaan yang wujud demi mencapai satu hasrat bagi 'menawan' Putrajaya.
18 Disember 2009
Ekonomi terbuka Najib dikritik Jomo
PETALING JAYA, 18 Dis: Ahli ekonomi terkemuka KS jomo secara tidak langsung mengkritik dasar ekonomi terbuka yang mula diperkenalkan kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Jomo yang kini bertugas sebagai penolong setiausaha agung bagi pembangunan ekonomi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
(PBB) berkata dasar ekonomi terbuka yang membolehkan liberalisasi kewangan negara tidak menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara kini.

Sebaliknya beliau menjelaskan dasar ekonomi tersebut hanya menyumbang kepada peningkatan harga pasaran saham dan hartanah
yang boleh melambung tinggi dan kemudiannya merudum secara tiba-tiba.
Jomo berkata sedemikian semasa memberi syarahan yang bertajuk “adakah malaysia menggambil iktibar dari kesan krisis ekonomi yang lepas”, yang berlangsung di Hotel Singgahsana di sini malam semalam.
Program tersebut dianggarkan dihadiri seramai 200 orang. Ia dianjurkan oleh Gerak Budaya dan Pusat Maklumat Strategik dan Pembangunan Penyelidikan (SIRD). Penganjur bersama adalah Youth4 Change.
Jomo berkata dasar tersebut mungkin disokong oleh golongan berpendapatan kelas pertengahan yang melabur di dalam pasaran saham tetapi menurutnya dasar tersebut tidak menyumbang kepada “ekonomi sebenar”.
Beliau memberi contoh kejayaan syarikat-syarikat tempatan dalam memproses minyak sawit mentah kepada minyak sawit yang telah ditapis sebagai satu kejayaan yang menyumbang kepada ekonomi
sebenar negara ini.
Katanya lagi, minyak sawit untuk kegunaan memasak keluaran Malaysia kini tidak “menyebabkan siling dapur berjelaga”.
“Inilah contoh-contoh kejayaan kejuruteraan Malaysia membawa perubahan kepada ekonomi (sebenar),” tambahnya lagi.
Jomo berkata perubahan ke arah dasar ekonomi terbuka kini adalah hasil kerja para pelobi yang bergerak aktif diperingkat
antarabangsa.
Katanya usaha-usaha tersebut amat giat dijalankan sehingga dasar-dasar yang bertujuan untuk melindungi kepentingan negara seperti yang telah diamalkan semasa pemerintahan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad “dicampak begitu
sahaja”.
“Perkara-perkara seperti ini jarang-jarang sekali didebatkan di parlimen,”katanya.
Jomo juga membangkitkan kecenderungan kerajaan di bawah pimpinan Najib untuk bergantung kepada pengunaan dan perbelanjaan sebagai enjin pertumbuhan ekonomi sebagai “satu strategik yang tidak ampuh”.
Katanya kecenderungan tersebut akan menjadikan impian negara untuk menjadi negara maju menjelang 2020 akan terpaksa
ditangguh “sekurang-kurangnya selama satu dekad lagi”.
Di antara perubahan dasar ekonomi yang diperkenalkan Najib adalah liberalisasi 27 subsektor dan sektor kewangan, pengeluaran lesen bank-bank komersil baharu untuk rakyat asing menyertai sektor kewangan negara, pertumbuhan kewangan Islam, serta memansuhkan garis panduan Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC) membabitkan ekuiti Bumiputera.
Dasar ekonomi terbukanya juga dijangka mengurangkan pemilikan ekuiti bumiputra dari paras 18 peratus sekarang kepada
sekitar hanya 12 peratus.
Sementara itu pemilikan ekuiti di kalangan pihak asing dijangka meninggkat sehingga 70 peratus.
Ar-Rahnu dirompak tiada polisi insurans
KANGAR: Pajak gadai Islam Ar-Rahnu yang dirompak sekumpulan penyamun membabitkan kerugian kira-kira RM8 juta baru-baru ini tidak memiliki sebarang polisi perlindungan insurans.
Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam negeri, Jafperi Othaman, berkata pihaknya mengakui pajak gadai Islam milik Yayasan Islam Perlis (YIPs) itu tidak diinsuranskan, tetapi tidak bermakna ia mengabaikan aspek keselamatan.
Katanya, pihak pengurusan pajak gadai di Taman Sena, di sini itu, tidak mendapatkan polisi perlindungan dari mana-mana syarikat insurans disebabkan bayaran perkhidmatan dikenakan adalah tinggi.
“Kadar dikenakan syarikat insurans bagi melindungi barang kemas bernilai RM2.5 juta adalah tinggi, iaitu RM40,000 sebulan atau RM480,000 setahun, sedangkan keuntungan Ar-Rahnu sekitar RM400,000 setahun,” katanya pada sesi pembahasan Bajet 2010 Perlis pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.
Jafperi berkata, pihak pengurusan Ar-Rahnu sudah mengambil langkah keselamatan tinggi dan canggih, termasuk mewujudkan sistem infa-red, kamera video tertutup (CCTV) dan alat penggera yang disambung ke balai polis berhampiran.
Jelasnya, berdasarkan siasatan dalaman, jumlah kerugian ditanggung YIPs berikutan rompakan itu tidak setinggi dilaporkan kerana sebahagian daripada barang kemas berkenaan bakal dilelong mengikut prosedur dipersetujui dengan penggadai.
Katanya, YIPs akan bertanggungjawab sepenuhnya dan memutuskan membayar ganti rugi kepada semua penggadai, tetapi terma bayarannya bergantung kepada keputusan lembaga pengarah yayasan nanti.
14 Disember 2009
Kurangkan untung IPP sebelum naikkan tarif elektrik
Premis bagi mengkaji semula PPA adalah mudah. IPP menghasilkan keuntungan berlebihan yang ditanggung oleh pihak industri dan pengguna Malaysia, dan mereka kini diminta untuk memotong lebihan itu bagi manfaat negara keseluruhan.
Keuntungan berlebihan dikumpulkan melalui peraturan yang melihat banyak IPP mendapat manfaat dalam persekitaran risiko yang hampir sifar atau amat minimum. Bayangkan, dilindungi daripada risiko sejak daripada pembinaan sehinggalah kepada peringkat operasi serta dalam pembiayaan projek.
Kontrak Kejuruteraan, Pemerolehan dan Pembinaan (EPC) menjaga risiko dalam kenaikan harga, kelewatan pembinaan, dan tukaran asing manakala penalti seperti kegagalan untuk memenuhi tarikh siap dan bagi pelaksanaan yang tidak memenuhi piawaian distrukturkan dalam perjanjian O & M dengan pihak OEM (Pengeluar Peralatan Asal).
Sebagai tambahan, hampir semua pinjaman IPP adalah dalam mata wang ringgit. Jika IPP boleh membuat keuntungan yang begitu besar dengan hampir tiada risiko yang terlibat, mereka seharusnya memberikan kembali kepada orang ramai melalui kajian semula PPA.
Lebihan kapasiti punca mahal
IPP membelakangkan isu sebenar mengenai lebihan kapasiti memandangkan kapasiti lebihan sebenarnya amat mahal untuk ditanggung oleh pengguna. Ini adalah hasil langsung daripada kapasiti bayaran yang amat tinggi yang terpaksa dibayar oleh TNB bagi kapasiti yang dibina oleh IPP.
Malah IPP terus mendiamkan diri mengenai kadar dan pulangan mereka dan enggan untuk memberitahu harga yang tinggi dibayar oleh TNB dan keuntungan yang besar yang dinikmati oleh IPP adalah sebahagian besarnya hasil daripada anggaran konservatif oleh IPP yang dibuat dan dibentangkan pada masa menandatangani PPA.
Kos projek salah satu IPP baru lebih rendah berbanding kos yang digunakan dalam menentukan kadar kapasiti IPP. Perbezaannya adalah dianggarkan RM1 bilion. Ini membawa kepada kapasiti bayaran yang jauh daripada menggambarkan kos sebenar yang ditanggung oleh IPP dalam memajukan loji mereka.
Ini bermakna IPP dibayar berlebihan dan memperolehi semula lebih daripada apa yang mereka laburkan. Berdasarkan kepada kesan langsung kos berkaitan IPP terhadap tariff pengguna TNB, ini adalah satu ketidakadilan kepada pengguna elektrik Malaysia dan usaha mestilah dibuat untuk memperbetulkannya melalui kajian semula PPA.
Kajian semula PPA bawah keadaan ini bukanlah sesuatu yang asing kepada pihak industri. IPP milik TNB seperti Kapar Energy Ventures Sdn Bhd dan TNB Janamanjung Sdn Bhd (Janamanjung), mempunyai kapasiti kadar bayaran dikaji semula dan dikurangkan untuk menggambarkan kos projek sebenar yang lebih rendah.
Difahamkan bahawa dalam kes TNB Janamanjung, pengurangan ini hampir separuh daripada kasar asal. Tiada alasan mengapa perkara yang sama tidak boleh dilanjutkan kepada IPP lain.
Kos IPP sebabkan tarif tinggi
Bayaran IPP dikaitkan kepada kenaikan tarif elektrik. Bayaran kepada IPP merupakan lebih daripada 50 peratus daripada kos TNB dan ini diramalkan mencapai RM12 bilion pada 2009. Ia hanya logik bahawa bayaran IPP akan memainkan peranan signifikan dalam sebarang penentuan tarif elektrik untuk pelanggan Malaysia.
Penentuan mudah tarif elektrik boleh dijelaskan seperti berikut:
Tarif Akhir = Tarif Asas + Pelarasan Bahan Api
- Pelarasan bahan api akan ditangani melalui cadangan bahan api dipindahkan melalui formula dalam tarif;
- Tarif Asas antara lain terdiri daripada perkara berikut: Kos menaja jamin IPP oleh TNB, kos tetap dan berubah-ubah yang ditanggung oleh TNB dalam mengendalikan perniagaan penjanaan, penghantaran dan pengedaran, dan juga, kos pembiayaan, cukai dan sebagainya.
Usaha untuk memperbaiki prestasi dan merendahkan kos penyelenggaraan dan operasi telah diambil alih oleh TNB dan ini telah menghasilkan dalam penjimatan kos yang signifikan. Bagaimanapun, jumlah simpanan yang boleh dicapai melalui cara ini adalah terhad.
Satu lagi perkara yang perlu disebutkan di sini ialah kadar pulangan kepada TNB adalah rendah dan dikawal oleh kerajaan.
Oleh itu, hanya bidang tertentu yang masih belum diterokai dalam usaha mengurangkan kos IPP. Memandangkan kos IPP melibatkan sebahagian besar kos, sebarang pengurangan akan mempunyai kesan positif ke atas tarif elektrik.
'Kajian semula secara holistik'
IPP telah meminta Kerajaan menubuhkan pasaran elektrik supaya tarif boleh menggambarkan harga bidaan kumpulan elektrik. Malah IPP juga telah menyatakan bahawa mereka mahukan kapasiti pembayaran mereka tidak terjejas. Perkara ini tidak munasabah.
Mempunyai kapasiti pembayaran yang “tidak terjejas” dalam persekitaran pasaran akan hanya memberikan IPP lebih peluang untuk meningkatkan keuntungan mereka. Tambahan lagi, IPP dengan bahagian pasaran yang besar boleh menguasai pasaran dan menyebabkan harga dikekalkan pada peringkat yang lebih tinggi.
Elektrik tidak sama dengan bahan komoditi lain. Ia tidak boleh disimpan dan mestilah dihasilkan dengan segera. Ketidakserasian dalam permintaan dan bekalan boleh memberikan kesan kepada sistem keselamatan yang membawa kepada kemalapan atau malah terputus bekalan elektrik.
Struktur pasaran di seluruh dunia telah membuktikan persaingan membawa kepada harga yang lebih rendah, peserta pasaran akan terlibat dalam memaksimumkan keuntungan yang menyebabkan harga meningkat. Kemelesetan kewangan hari ini adalah contoh jelas terhadap apa yang boleh berlaku jika ketamakan dibiarkan berleluasa.
Gesaan IPP supaya "mengkaji semula industri tenaga secara holistik" yang sukar dan memakan masa itu telah digunakan sekali lagi sebagai taktik untuk menangguhkan sebarang langkah bagi mengurangkan keuntungan PPA dan menyalurkan keuntungan itu kembali kepada pembekal industri elektrik.
Kelewatan ini juga bermakna IPP akan terus mengambil kesempatan daripada pulangan tinggi semasa yang diperolehi mereka pada masa kini. Tarif elektrik akan terus meningkat dan pelanggan elektrik akan menderita sekalipun usaha terbaik TNB untuk menguruskan kosnya.
Perubahan struktur tidak akan berjaya dalam mengurangkan beban kepada pelanggan jika alasan bagi bayaran berlebihan kepada IPP tidak ditangani.
Bayaran kepada IPP tidak mapan
Dalam persekitaran semasa sewaktu negara sedang berdepan dengan krisis kewangan dan pengguna Malaysia sedang berdepan dengan peningkatan ketara dalam kos kehidupan, bayaran lumayan kepada IPP adalah tidak mapan.
Tambahan lagi, semua peserta industri lain telah memainkan peranannya contohnya Petronas melalui subsidi gas; TNB melalui penyerapan kos yang tinggi; dan pelanggan melalui tarif yang tinggi.
Hanya satu yang tinggal iaitu IPP yang sebahagian besarnya terus tidak terusik dan terus mengaut keuntungan besar malah apabila pihak industri berdepan masalah akibat kenaikan kos bekalan.
Kerajaan dalam semua kebijaksanaannya tidak meminta IPP untuk “memulangkan” keuntungan lumayan mereka yang diperolehi mereka sebelum ini.
Rundingan semula PPA ialah untuk melihat ke depan dan untuk mengkaji semula pulangan yang akan dibenarkan kepada IPP pada masa depan, mengenal pasti keperluan untuk membantu orang ramai pada masa sukar ini.
Elektrik adalah keperluan dan keuntungan berlebihan daripada komoditi penting ini seharusnya tidak dibenarkan hingga menjejaskan kualiti kehidupan rakyat Malaysia.
Dalam satu kenyataan yang dibuat pada Januari 2009, presiden TNB dan ketua pegawai eksekutif Datuk Seri Che Khaleb Mohamad Noh dipetik sebagai berkata tenaga dan kapasiti pembayaran kepada pengeluar tenaga bebas pada 2009 dijangka meningkat kepada RM12 bilion dan rundingan semula PPA merupakan salah satu cara untuk mengurangkan tarif.
Sehubungan itu, CAP menggesa kerajaan supaya mengkaji dan merunding semula PPA sebagai ganti menaikkan tarif elektrik.
11 Disember 2009
Pengarah Urusan Tuntut Hampir RM1 Juta Daripada Bekas Tunang
SHAH ALAM: Kes seorang pengarah urusan menuntut ganti rugi hampir RM1 juta daripada bekas tunangnya, seorang pegawai bank yang kini telahpun bernikah dengan lelaki lain disebut di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam.
Plaintif, Mohamad Fahizul Khairi, 53, memohon tuntutan terhadap defendan Nor Daliya Mohd Daud, 34, untuk membayar gantirugi kewangan akibat putus tunang sebanyak RM871,186.57 dan gantirugi keaiban sebanyak RM100,000 di bawah Seksyen 15 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 pada 8 Mei lalu.
Mohamad Fahizul Khairi ketika hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam semalam. -foto The Star oleh SHAARI CHE MATDifahamkan, gantirugi kewangan itu melibatkan RM570,000 jumlah pembiayaan yang ditanggung oleh Fahizul, RM208,594 (kos-kos pengubahsuaian serta barang-barang rumah lain), RM15,500 (kos ejen hartanah), RM20,000 (bayaran muka bagi pembelian kereta baru Honda Civic defendan) dan RM57,092.57 (bayaran-bayaran yang dibuat ke dalam akaun Maybank dan akaun kad kredit Citibank defendan).
Nor Daliya Mohd Daud hadir ditemani suaminya di mahkamah pada semalam.Sementara gantirugi keaiban melibatkan aspek memalukan Fahizul di khalayak ahli-ahli keluarga dan kawan-kawannya.
Disebabkan pengaruh dan tipudaya Daliya, Fahizul telah mengalami masalah dengan ramai ahli keluarganya termasuklah isterinya, Siti Zabiha.
Turut hadir ke mahkamah adalah bekas suami Daliya, Herman Syah Abdul Rahim (kanan) untuk memberikan sokongan kepada Fahizul.Hakim Syarie Mohamad Adib Husain memutuskan keputusan kes ini akan diketahui pada 1 Februari 2010.
Ini kerana pihak Daliya telah mengemukakan bantahan awal terhadap permohonan Fahizul.
"Defendan (Daliya) menegaskan duit yang dibiayai oleh anak guam saya (Fahizul) tidak termasuk dalam pertunangan sebaliknya 'sekadar hadiah proses memikat', jadi sebab itu dia membuat bantahan awal.
"Disebabkan pemberian itu diberi sebelum mereka bertunang, jadi anak guam saya tak boleh membuat tuntutan itu," kata peguam Azmi Rais mewakili Fahizul.
Sementara itu, peguam Mohamad Isa Abd Ralip yang mewakili Daliya berkata, beliau akan menyarankan Fahizul dan Daliya untuk berbincang di luar mahkamah.
"Kes ini boleh dibincang lagi sebab perkara ini berada di luar bidang kuasa Mahkamah Syariah. Selebihnya bergantung kepada keputusan mahkamah," ujarnya di luar dewan mahkamah.
Daliya hadir ke mahkamah sambil ditemani suaminya manakala Fahizul pula hadir bersama bekas suami Daliya, Herman Syah Abdul Rahim.
Daliya pernah berkahwin dan mempunyai dua orang anak iaitu Danish Iskandar Syah Herman Syah dan Atia Yasmin Herman Syah sebelum bertunang dengan Fahizul pada 6 Disember 2007 di Pekan, Pahang.
Daliya telah disahkan bercerai dengan Herman Syah Abdul Rahim pada 9 Januari 2007.
Setelah Fahizul dan Daliya merancang untuk bertunang pada April 2007, wanita itu telah meminta Fahizul membeli sebuah rumah sebagai tempat tinggal mereka selepas berkahwin kelak.
Pada 3 April 2007, Fahizul telah membeli sebuah rumah jenis teres dua setengah tingkat di Bandar Utama, Petaling Jaya atas nama bakal isterinya itu untuk dijadikan tempat tinggal mereka bersama anak-anaknya.
Fahizul menjelaskan, mereka sering bergaduh sepanjang tempoh pertunangan berpunca daripada sikap Daliya yang curang dan melakukan perbuatan yang tidak bermoral.
Pada 21 April 2008, Daliya telah bersetuju untuk memutuskan pertunangan setelah perbincangan kedua-duanya dan turut disertai oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak. Kemudian, kedua-duanya bersetuju supaya memulangkan segala pemberian berkaitan pertunangan itu.
08 Disember 2009
Lagi tunjuk perasaan di Teheran

TEHERAN - Anggota-anggota keselamatan Iran dan militia prokerajaan bertempur dengan sejumlah penunjuk perasaan yang melaungkan kata-kata seperti 'mati diktator' di luar Universiti Teheran di sini semalam, kata beberapa saksi.
Menurut mereka, pasukan keselamatan memukul lelaki dan wanita dengan belantan dan menyembur gas pemedih mata kepada penunjuk perasaan.
Beribu-ribu penunjuk perasaan yang berkumpul di jalan raya di luar kampus universiti itu turut menyokong pelajar-pelajar Universiti Teheran yang melakukan tunjuk perasaan tersebut.
Desakan bagi mengadakan demonstrasi itu telah diuar-uarkan di dalam kebanyakan laman web yang menyokong pemimpin penentang Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad iaitu Mir Hossein Mousavi dan Mahdi Karroubi yang menentangnya pada pilihan raya presiden pada 12 Jun lalu.
Walaupun kebanyakan laman web itu telah disekat oleh pihak pemerintah beberapa kali, aktivis-aktivis politik tetap berusaha mencipta laman web baru.
Pelajar-pelajar di Universiti Teheran memainkan peranan penting dalam tunjuk perasaan bagi menyokong Revolusi Islam yang berjaya menggulingkan pemerintahan Shah Iran dan menyebabkan ulama berkuasa di Iran.
Namun sejak sedekad lalu, universiti-universiti menjadi kubu kuat penentang propembaharuan yang mahu penguasaan ulama dikurangkan dalam politik negara tersebut. - AP
Sebagai orang luar, kita tidak tahu, apa yang sebenarnya dihadapi oleh negara Iran ini, apakah orang disana benar-benar sudah bosan dengan kepimpinan ulamak, atau mereka sudah termakan hasutan Amerika demi menjatuhkan Iran ?
Kalau benar mereka sudah bosan dengan kepimpinan Ulamak, apakah sebabnya ? munkin Ulamak disana banyak yang sudah jadi ular dalam semak ?
acah aje.......
Penulisnya bertekad untuk menulis berdasarkan kebenaran, maka penulis tidak akan bertolak ansur terhadap sesiapa pun, jika penulis merasakan bahawa orang tersebut telah menyeleweng dari kebenaran.
Penulis akan menyentuh pelbagai perkara yang sering berlegar di dunia ini, tidak kira samada politik atau apa saja..................


