02 Oktober 2011

Pas Makin Keliru

Pas kini berada didalam keadaan paling keliru, pemimpinnya bercakap merapu tak tentu hala, contohnya seperti dibawah.....

11:36AM Sep 30
tuan ibrahim tuan man PAS berpendirian bahawa Kelantan dan Terengganu mempunyai hak untuk memperkanunkan Enakmen Jenayah Syariah masing-masing yang telah diperakui kewujudannya oleh Pakatan Rakyat.

Susan Loone | 1:00PM Okt 1
Presiden PAS itu menegaskan bahawa parti itu tidak akan memaksa undang-undang hudud ke atas bukan Islam, dan menyalahkan Umno mencetuskan kontroversi tersebut.
 
Jelas kini Pas terperangkap dengan janji-janji manis yang di taburkan selama berpuluh tahun walau pun pemimpin mereka tahu bahawa mereka tidak munkin berupaya melaksanakannya.
Akhirnya Nik Aziz hanya berhelah ...
 

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, beliau berdoa supaya memperolehi majoriti dua pertiga di Parlimen bagi membolehkan undang-undang hudud dilaksanakan di negara...

30 September 2011

Cakap Macam Ular, Berbelit-Belit

Semalam, hampir empat jam Pakatan Rakyat membincangkan hasrat PAS mahu melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah 11 di negeri Kelantan berjalan dalam keadaan penuh harmoni dan semangat toleransi yang seimbang.

hudud, pakatan meetingSungguhpun mewakili anutan ideologi dan agama yang berbeza, namun disiplin muafakat dan keterbukaan sikap diserlahkan dalam setiap hujjah dan perbahasan bagi memastikan Pakatan Rakyat bukan sahaja berupaya merungkai masaalah yang sedang dihadapi tetapi juga terus mendada, mendepani segala cabaran dan halangan yang mahu menggagalkan Pakatan membuka ibupejabat pentadbiran kerajaannya di Putrajaya.

PAS menyatakan hasratnya yang murni dengan penuh tertib dan jelas membawa maksud mahu melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah 11 di Kelantan bersulamkan hujah yang bernas pula dari saff kepimpinannya yang diketuai oleh presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sementara rakan – rakan parti kompenan Pakatan yang terdiri dari DAP dan PKR mengemukakan pandangan balas mereka, mengimbangi kepentingan semua pula melatari scenario politik semasa.

NONEAkhirnya, kata sepakat dicapai dengan semua parti kompenan Pakatan mempertegaskan untuk saling kukuh mengukuh dalam perkara yang dipersetujui bersama seperti objektif, agenda, dasar dan prinsip yang terkandung di dalam Buku Jingga.

Sementara dalam perkara yang berbeza seperti teras ideologi dan prinsip agama yang dianut meletakkan semua parti kompenan Pakatan untuk saling hormat-menghormati antara satu sama lain.
Dihormati sewaktu mati

Kenyataan ini adalah suatu yang telah didirikan di atas semangat muafakat yang luar biasa pula menepati ajaran Islam yang suci. Bagaimana Rasulullah saw pernah bangun berdiri tatkala dibawa lalu di hadapannya jenazah bukan Islam, lantas Baginda SAW ditegur ekoran tindakan baginda berdiri menghormati jenazah tersebut. Baginda menjawab, bukankah ia juga manusia, dihormati sewaktu hidupnya dan dihormati juga sewaktu matinya.

hududMenghormati tidak bermakna bersetuju. Sebagaimana Islam tidak pernah dan tidak boleh bersetuju dengan agama yang mensyirikkan Allah SWT. Namun Islam mengajar kita menghormati hak mereka untuk menunaikan ajaran agama yang mereka anut malah mereka tidak boleh sekali – kali dipaksa menerima Islam.

Justeru, Islam hanya sah dianut dengan yakin, sedar dan insaf. Demikianlah sebaliknya, mereka juga wajar menghormati hak orang Islam untuk mengamal atau melaksanakan tuntutan ajaran Islam meskipun mereka tidak bersetuju dengan ajaran Islam tersebut kerana menghormati tidak bermakna bersetuju.

Menghormati bermakna tidak menghalang. Sebagaimana Islam tidak boleh menghalang bukan Islam melaksanakan hak dan ajaran agama mereka justeru Islam dituntut menghormati mereka, demikianlah sebaliknya mereka juga tidak menghalang hak orang Islam untuk mengamal dan melaksanakan tuntutan ajaran Islam seperti undang-undang syariah Islam.

NONEInilah semangat dan ruh hormat – menghormati dalam perkara yang berbeza antara Islam dan bukan Islam.

Sangat jauh bezanya jika kita melihat bagaimana Umno dan BN melayan hasrat PAS untuk melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah 11 di negeri Kelantan. Sejak awal dulu, pemimpin Umno biarpun mengaku muslim sangat konsisten untuk menolak perlaksanaan syariat Islam ini.
Bertindak biadap
Sudahlah mereka menolak syariat itu, mereka juga bertindak lebih nekad dan biadap apabila turut menghalang PAS yang mahu melaksanakannya. Umno gagal menjadi budak baik, apabila mereka tidak mampu melaksanakannya, dia halang dan marah pula orang lain yang mahu melaksanakannya.

Umno bukan sahaja gagal menjadi budak baik tetapi kelihatan sangat naïf dan gugup apabila tergesa-gesa presidennya mengeluarkan komitmen enggan melaksanakan hukum Hudud yang menjadi sebahagian dari syariat Allah SWT sebaik sahaja disergah MCA yang mengancam mahu keluar dari BN jika Umno melaksana hudud.

azlanPadahal MCA hanya acah – acah sahaja untuk meninggalkan BN kerana mereka terlebih awal tahu “perut pedal” Umno sangat “istiqamah” menentang dan enggan melaksanakan hudud.

PAS telah membuat pengisytiharan sejak 1993 (sebelum wujudnya Pakatan Rakyat) untuk melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah 11 apabila enakmen itu telah diluluskan di DUN Kelantan yang dikuasai oleh PAS pada waktu itu. Kemudiannya diperkukuhkan pula pengisytiharan itu pada tahun 2003 apabila Enakmen Jenayah Syariah tersebut dilulus dan digazetkan pula oleh DUN Terengganu apabila PAS menguasai negeri itu secara demokrasi.

Pengisytiharan dan hasrat tersebut tidak pernah dinasakhkan (dihapuskan) malah Kelantan terus membina semangat dan mendidik rakyatnya dengan menganjurkan siri wacana, diskusi, forum bagi menjelaskan hukum jenayah syariah (hudud) secara terperinci.

azlanTerbaru, Mursyidul Am PAS Datuk Abdul Aziz Nik Mat selaku menteri besar sekali lagi mempertegaskan hasrat untuk melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah 11 setelah sekian lama tertangguh kerana berhadapan dengan pelbagai kekangan.

Saya melihat penegasan itu bukan retorik atau gimik menghadapi pilihan raya justeru itulah yang diulang saban tahun, sama ada tahun pilihan raya atau tidak. Sebaliknya penegasan itu datang dari iman dan taqwa beliau selaku seorang Islam, pula berilmu dan memiliki kuasa memerintah kerajaan negeri.   ( Di Petik Dari Sini )





28 September 2011

Perbezaan Antara Hudud Pas Dengan Hudud Sebenar.


Banyak persoalan berlegar-legar di pemikiran kita, kenapa Dr Mahathir sewaktu memegang jawatan Perdana Menteri menolak hukum Hudud. Sedangkan kita sudah jelas ianya hukum Allah dan termaktub di dalam Al-Quran. Jadi di sini kita rungkaikan sedikit persoalan tersebut.
Undang-undang syariah terbahagi kepada tiga elemen iaitu :
  1. Hudud
  2. Qisas
  3. Ta’zir
Dalam undang-undang syariahMalaysia, Qisas, Ta’zir dan Diat telah dilaksanakan kecuali Hudud. Mari kita lihat perbandingan antara Hudud, Qisas dan Ta’zir.
  1. Hukum Hudud – Dari segi istilah Hudud ditakrifkan sebagai keseksaan yang telah ditetapkan oleh nas-nas Al-Quran dan As-Sunnah yang WAJIB dilaksanakan sebagai hak Allah S.W.T. Kadar hukumannya tidak boleh dipinda sama ada dikurang atau ditambah.
  2. Qisas – Dari segi syarak, Qisas bererti hukuman yang ditetapkan oleh syarak melalui nas-nas Al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah S.A.W. kerana kesalahan­kesalahan yang melibatkan hak individu. Mengikut hukum Qisas seseorang penjenayah mesti diikuti dengan hukuman yang sama sepertimana dia lakukan ke atas mangsanya. Kalau ia membunuh maka dia mesti dihukum bunuh.
  3. Diat – Diat adalah denda yang wajib dibayar kerana kesalahan jenayah sebagai ganti qisas. Bagi jenayah membunuh dengan sengaja, ada dua hukuman iaitu Qisas atau Diat. Diat hanya boleh dilaksanakan jika dipersetujui oleh waris. Jika tidak, Qisas bunuh dikenakan. Hukuman bagi jenayah Pembunuhan separuh sengaja dan pembunuhan tidak sengaja adalah Diat sahaja. Qisas tidak dikenakan.
  4. Ta’zir – Dan segi istilah ialah hukuman yang dikenakan ke atas orang yang membuat kesalahan dan maksiat atau orang yang mencuaikan kewajipan yang tidak ditetapkan hukuman keseksaannya di dalam Al-Quran dan Hadis atau hukuman yang dikenakan ke atas orang yang melakukan jenayah yang telah ditetapkan keseksaannya, tetapi tidak cukup syarat bagi mengenakan keseksaan itu. Kesalahan-kesalahan yang termasuk di bawah kategori ta’zir;
    • (a) Kesalahan-kesalahan hudud atau qisas yang tidak cukup bukti untuk dikenakan hukuman hudud atau qisas.
    • Kesalahan-kesalahan khalwat, mencuri yang tidak cukup nisab dan sebagainya.
    • Perbuatan-perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam seperti menipu, berjudi, rasuah, mengedar dan penyalahgunaan dadah.
Kerajaan Kelantan telah memperuntukan RM 500,000 untuk menyediakan draf Hudud. Hudud juga telah diwartakan dan diluluskan di Kelantan. Namun, belum ada perlaksanaannya lagi. Walaupun begitu terdapat 3 versi Hudud yg berbeza dari segi fasal dan huraiannya.

Hudud adalah milik Allah, dan telah ditetapkan oleh Allah. Tetapi mengapa pula boleh berbeza-beza mengikut negeri-negeri yang berlainan?

Sehingga kini ada tiga versi hudud Pas yang masing-masing berbeza:
  1. Pertama hudud Pas Kelantan yang bernama Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 mempunyai 72 fasal.
  2. Kedua hudud Pas Terengganu yang dibentang dalam seminar pada 12 Mei 2002 bernama Draf Cadangan Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu mempunyai 74 fasal.
  3. Ketiga Rang Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (EKJS) (Hudud dan Qisas) Terengganu 1423H/2002M yang mengandungi 67 fasal sahaja.
Mana satukah hudud yang sebenar antara ketiga-tiga hudud Pas itu?

Draf yang dibentangkan pada seminar di Kuala Terengganu 12 Mei 2002 ada Bughah (Fasal 23, 24 dan 25).

Sedangkan dalam EKJS (II) 1993 Kelantan dan rang yang diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada 7-9 Julai 2002 tidak ada Bughah.

Mengapakah bughah diketepikan dalam kedua-dua undang-undang hudud itu? Draf Hudud oleh PAS didapati tidak memberi keadilan malah menzalimi rakyat.

Ini kerana Hudud dikatakan terpakai untuk orang Islam sahaja, sebagaimana petikan dlmsurat DrMahathir (Tun Dr Mahathir) kepada Nik Aziz, yang menyatakan;
  1. Jalan yang diambil oleh Kerajaan Pusat ini adalah juga berpandukan kapada kaedah yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam iaitu “tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kapada kepentingan ramai (muslihat umum)”.
  2. Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal oleh Kerajaan Pas di Kelantan, menurut kajian sehingga setakat ini tidak menampakkan dan tidak menyakinkan pakar-pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik bahawa ia selari dengan ajaran dan kehendak Islam sebagaimana yang telah diuruskan dengan bijaksana oleh Rasulullah SAW. dan para sahabat.
  3. Tidak perlu bagi saya menyatakan disini betapa banyaknya terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pentingnya keadilan dan lebih banyak bagi ayat-ayat yang mencela sebarang jenis kezaliman. Di samping itu Al-Quran juga sentiasa menggesa supaya dielak daripada terjadinya huru-hara dan Allah sendiri sangat tidak gemarkan kapada mereka yang menyebabkan huru-hara berlaku.
  4. Kita hanya bertindak balas terhadap sikap permusuhan dan serangan yang dilakukan terhadap kita. Di Malaysia, orang bukan Islam bukan sahaja tidak memusuhi kita tetapi mereka memberi kerjasama bahkan membantu kita dalam urusan-urusan yang bersangkutan dengan kegiatan dan amalan ajaran Islam.
  5. Khusus mengenai undang-undang jenayah Pas di Kelantan, kajian awal menunjukkan dengan jelas bahawa undang-undang itu yang disediakan menerusi perjuangan sebuah parti politik ternyata bukan sahaja menyebabkan ketidakadilan akan berlaku tetapi, sebaliknya ia akan membawa kezaliman. Kebenaran kenyataan ini adalah berdasarkan kapada keterangan berikut:
    • Dakwaan bahawa undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di kalangan orang Islam sahaja dan tidak digunapakai untuk orang bukan Islam akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku.
    • Memang benar di zaman Nabi Muhammad SAW., orang Yahudi biasa dihukum di bawah undang-undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi kitab Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbedza dengan hukum-hukum dalam al Quran.
    • Mereka yang berzina umpamanya, akan dihukum rejam sama seperti hukuman terhadap jenayah yang sama bagi orang Islam. Justru itu tidak ada perbedzaan sama ada penjenayah dihukum di bawah undang-undang Islam atau Undang-undang Yahudi di zaman Nabi Muhammad SAW.
    • Tetapi terdapat perbezaan yang amat ketara di antara hukuman di bawah undang-undang yang ada sekarang dengan hukuman di bawah undang-undang jenayah yang dicadangkan oleh kerajaan Pas di Kelantan.
    • Menghukum orang Islam dengan lebih berat tetapi orang bukan Islam dengan amat ringan untuk jenayah yang sama atau jenayah dilakukan bersama amatlah tidak adil dan merupakan satu kezaliman, sedangkan undang-undang Pas akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman berlaku, maka undang-undang Pas tidak boleh diterima sebagai undang-undang Islam atau secucuk dengan undang-undang Islam ataupun selaras dengan ajaran Islam. Ia sebenarnya tertentangan dengan Agama Islam.
  6. Hukum Hudud Islam bertujuan untuk memberi keadilan kapada semua pihak. Ia bukanlah bertujuan untuk melakukan kezaliman. Undang-undang Pas jelas menunjukkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara akan berlaku. Justeru itu undang-undang yang disediakan oleh Pas bukanlah undang-undang yang menepati ajaran Islam. Ia hanyalah undang-undang ciptaan Pas yang bertentangan dengan penekanan oleh agama Islam yang menuntut supaya menghukum secara adil dan menolak sebarang kezaliman.
  7. Kerajaan Pusat akan sentiasa berpandu dan menerima ajaran-ajaran dan amalan Islam dari semua aspek tanpa diheret oleh kehendak organasasi politik yang mempunyai kepentingan yang lain daripada Islam dan kepentingannya.
  8. Jika undang-undang Pas yang jelas mengandungi unsur-unsur ketidakadilan dikuatkuasakan dinegara ini, dan jika ia dikatakan itulah Hukum Hudud Islam maka umat Islam dan juga anggota masyarakat bukan Islam akan hilang kepercayaan Islam membawa keadilan untuk penganutnya.
  9. Ia juga memberi gambaran yang buruk terhadap agama yang suci ini dan menjejaskan imej orang-orang Islam di kalangan penganut agama-agama yang lain. Ia tetap akan menyebabkan penganut agama lain menjauhkan diri daripada agama Islam dan menyebabkan orang yang berminat memeluk Islam menolaknya.
DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
15 Julai 1994
Permasalahan yang akan menjadi perkara pokok dalam hal hudud ini ialah perlantikan hakim. Dalam urusan pelantikan hakim terdapat dua percanggahan besar. Pertama tidak merujuk langsung kepada 15 syarat kelayakan menjadi hakim mengikut hukum syarak.

Yang kedua rang EKJS (Hudud dan Qisas) Terengganu tidak ada peruntukan khusus mengenai syarat-syarat kelayakan menjadi hakim. Sebaliknya sekadar disentuh secara tumpang dalam fasal 66 (1) Mahkamah Bicara Syariah Khas yang berbunyi “…daripada hakim Mahkamah Tinggi Syariah atau daripada seorang yang berkelulusan dan berkelayakan dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Malaya.”

Yang peliknya apa yang dibentangkan dalam seminar 12 Mei 2002, bulat-bulat Pas Terengganu mencedok fasal 68 EKJS (II) 1993 Kelantan menjadi fasal 70 dalam `Draf Cadangan’ yang dibentang pada seminar di Kuala Terengganu. Tiba-tiba dalam rang yang diluluskan di DUN 7-9 Julai 2002 terus dibuang sahaja fasal berkenaan.

Apakah peruntukan fasal 68 EKJS (II) 1993 Kelantan itu tidak diiktiraf oleh Pas Terengganu? Tetapi harus diingat, apabila tidak mengikut syarat-syarat kelayakan dalam Islam maka seseorang hakim itu tidak sah melakukan perbicaraan.

Dengan itu seluruh proses Mahkamah Syariah Khas di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu menjadi tidak sah.

Jadi, kesimpulannya di sini ialah, Hudud Allah dengan Hudud Pas berbeza. Pas mengubahsuai Hudud Allah supaya memberi manfaat kepada mereka dan mengatakan Hudud Pas adalah Hudud Allah. Mereka juga mendakwa, menolak Hukum Hudud PAS samalah seperti menolak Hudud Allah.

Hukum Hudud Allah tak boleh dipinda atau dikurangkan. Jika hitam, maka hitamlah, tidak boleh dicat putih ataupun kelabu.

Jelaslah Pas memperalatkan Agama Islam demi kepentingan politik. Kemudian menuduh UMNO kafir semata-mata kerana Tun Mahathir menolak Hudud Pas.

26 Ogos 2010

PBB desak Israel benar tapak nuklear diperiksa


BAITULMAQDIS 25 Ogos - Ketua agensi nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kini berada di Israel untuk mengusahakan resolusi mendesak rejim Zionis itu membenarkan tapak nuklearnya diperiksa oleh badan dunia itu dan menyertai Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT), lapor stesen Israeli TV, semalam.
Pegawai kerajaan Israel mengesahkan kepada Channel 10 TV bahawa Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Yukiya Amano akan membangkitkan kebimbangan beberapa negara anggota badan itu mengenai dakwaan kemampuan nuklear Israel.
Amano tiba di Israel dua hari lalu dalam lawatan berprofil rendah selama tiga hari merangkumi pertemuan dengan Presiden Shimon Peres hari ini dan Timbalan Perdana Menteri, Dan Meridor yang juga Menteri Tenaga Atom.
Israel adalah satu daripada tiga negara di dunia termasuk India dan Pakistan yang tidak menandatangani NPT dan secara meluas dianggap sebagai satu-satunya kuasa nuklear walaupun ia tidak pernah disahkan atau dinafikan secara rasmi.
IAEA meluluskan resolusi pada September lalu, menuntut Israel menangani isu tersebut. Resolusi yang disokong anggota Majlis Keselamatan PBB, Rusia dan China, diluluskan dengan margin 49-45 dengan 16 berkecuali.
Media Israel melaporkan adalah janggal apabila Amano tidak bertemu dengan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanan Ehud Barak. Channel 10 TV melaporkan rancangan pertemuan dibatalkan dan mereka hanya berbicara melalui panggilan telefon.
Amano turut melawat Pusat Penyelidikan Nuklear Soreq, institut penyelidikan di pinggir Laut Mediterranean yang mempunyai reaktor nuklear lima megawatt.
Ia dilihat sebagai kemenangan ke atas negara-negara Arab yang menaja gerakan itu.
Amano bagaimanapun tidak akan melawat sebuah lagi fasiliti nuklear dekat bandar Dimona di padang pasir Negev, yang menempatkan reaktor jenis IRR-2 penyejukan air berat dan sederhana yang menggunakan bahan api uranium semula jadi dengan kemampuan nominal 26 megawatt. - REUTERS

14 Jun 2010

Dr M setuju beri lesen pertaruhan sukan

Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan bantahan pembangkang terhadap usaha meluluskan lesen judi sukan di negara ini bukanlah disebabkan ajaran agama, tetapi demi kepentingan politik semata-mata.

"Bantahan itu kerana politik, bukan kerana Islam. Takkanlah DAP pun hendak dokong ajaran Islam. (Bila) DAP pun dapat sertai (bantahan), ini (menggambarkan) politik parti pembangkang hendak cari isu.

"Sedangkan dalam muktamar PAS ada cadangan suaya semua jenis judi diharamkan, tetapi PAS tak hendak," katanya ketika ditanya tentang bantahan pembangkang melalui pelbagai cara seperti ceramah dan demonstrasi.

Beliau mempersoalkan kenapa PAS lantang menentang judi sukan di negara ini kerana terdapat pelbagai lagi jenis judi lagi.

"Yang dia (PAS) kata tak boleh, (judi) sukan, bola sepak (sahaja). (Bantahan) ini politik, kita kena asingkan soal politik dengan soal agama.

"Bagi PAS, agama adalah alat politik mereka," katanya.

Bercakap dalam sidang media selepas berucap dalam perhimpunan 'Melayu Bangkit' di Kuala Terengganu hari ini, Dr Mahathir juga berkata masyakarat hendaklah mengakui, sama ada suka atau tidak, aktiviti perjudian memang berlaku di negara ini.

'Kalau Melayu berjudi, tangkaplah'

"Saya berpendapat bahawa ada lesen ataupun tidak, judi memang ada di negara kita ini kerana orang Cina memang suka berjudi.

"Tetapi kalau dia berjudi tanpa lesen, tidak ada cara untuk kita menentukan perjudian itu tidak berleluasa," katanya menyokong cadangan kerajaan itu.

Tambahnya, orang Cina yang ingin berjudi tidak boleh dihalang bagi melakukannya kerana ia "hanya haram bagi orang Islam"

"Orang Islam jangan berjudilah. Kalau dia pergi berjudi, tangkaplah. Sama juga (bila) orang Islam tidak makan babi.

"Kalau orang bukan Islam hendak makan juga, itu hak dialah," katanya.

Ditanya tentang khabar angin kerajaan mahu melindungi hartawan Vincent Tan yang didakwa membantu Umno dalam pilihan raya, sambil ketawa kecil, Dr Mahathir menafikan perkara itu.

"Tidak, Vincent Tan selama ini dia meniaga di luar negeri, di negeri Cina, di Vietnam, di Korea. Dia tak payah cari duit di sini," katanya.

NGO tak yakin pada Umno semata-mata

Tambahnya, lagi pun, Vincent telah mendermakan wang sebanyak 500 juta hasil penjualan Ascort Sport Sdn Bhd kepada kumpulan BERJAYA.

"Dan dana itu untuk semua orang, bukan untuk Umno.... Orang lain pun dapat. Saya fikir Vincent ini, bukan saja dia bagi duit pada Umno. Saya ingat dia bagi pada parti lawan pun sama.

"Saya ingat, (itu) hendak tentukan dia tak ada masalah (dengan dua-dua pihak). Orang perniagaan macam itulah, hati-hati, sebelah itu dia sokong, belah ini pun dia sokong," katanya.

Sementara itu, mengulas tindakan 45 NGO Melayu mengadakan perhimpunan di negeri itu hari ini, Dr Mahathir berkata ia menunjukkan mereka tidak lagi yakin kepada perjuangan Umno semata-mata.

"Mereka perlu menjadi kumpulan pendesak. Ini bermakna ada sesuatu yang tidak disenangi oleh orang Melayu," katanya.

"Saya khuatir. Orang Cina nampaknya tidak hendak sokong BN lagi. Dan jika tidak juga dapat sokongan daripada orang Melayu, kemungkinan BN akan kalah."







Senjata makan tuan

Sebenarnya jika diteliti, kita akan dapati bahawa memang menjadi sifat PAS yang sentiasa mahukan lebih dari apa yang dipersetujui sebelum ini,

Usul Nik Aziz terajui PR
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat disaran menjadi peneraju Pakatan Rak-yat (PR) kerana kewibawaan dan kejayaannya menerajui Kelantan selama 20 tahun. » selanjutnya

Sedarkah Pas bahawa semasa dibawah kepimpinan tok-tok lebai pondok dahulu, Pas sebenarnya tidak mendapat sambutan kecuali dari kalangan lepasan pondok mereka sahaja, namun kini setelah ramai golongan intelek yang telah menyertai Pas, maka mereka perasan bahawa Pas telah mendapat sambutan, dan golongan ini pun mula mahu mencari kesempatan.

Sebenarnya kehadiran ramai golongan intelek menyertai Pas bukan sangat kerana mempercayai perjuangan dan hala tuju negara yang diimpikan oleh golongan itu, tetapi lebih kepada hilangnya kepercayaan mereka kepada pegangan kehidupan dan amalan harian golongan politik yang sedang memerintah.

Namun adalah dipercayai apabila golongan Pas ini berjaya memerintah nanti, mereka juga akan berhadapan dengan godaan peluang yang akan mendatang tanpa boleh disekat -sekat itu.

Bebalik kepada tajuk akhbar yang menjadi rujukan kita kali ini yang kononnya mahukan Nik Aziz menerajui PR, semua ini mengggambarkan bahawa Pas ini mudah lupa diri, oleh kerana kini mereka mendapat sokongan rakyat sehingga memunkinkan mereka boleh memerintah maka mulalah mereka meminta perkara-perkara yang diluar kemampuan mereka sendiri.

Begitu juga tentang hasrat Pas yang mahu meletakkan calon bukan Islam mewakili parti tersebut, ini juga menggambarkan tentang perancangan tamak mereka yang mahu menguasai PR di satu masa nanti.

Memang jelas, andaikata perancangan mereka berjaya meletakkan calon bukan Islam dan memperolehi kemenangan pula, diketika itu kerjasama dengan PKR dan DAP sudah tidak diperlukan lagi.

Diketika itu sudah pasti didalam muktamar berikutnya akan ada desakan dari kalangan ahli yang meminta supaya kerjasama didalam Pakatan Rakyat dikaji semula kerana merasakan kerjasama tersebut tidak menguntungkan Pas lagi, sebaliknya membebankan pula.

Bagaimana jikalau ada perancangan didalam DAP pula yang mahu meletakkan lebih ramai calun dari kalangan orang Melayu untuk bertanding dikawasan yang majoritinya orang Melayu, kalau ini berlaku sudah tentu akan berlaku pertembungan dan peperangan politik didalam sesama Pakatan Rakyat.

Apakah yang akan berlaku selepas itu ? sudah tentu perancangan yang kononya mahu merampas Putra Jaya menjadi angan-angan dan mimpi disiang hari sahaja................

Jelaslah kini bahawa politik yang diamalkan oleh Barisan Nasional jauh lebih jujur dan masih lagi relevan, sekurang-kurangnya untuk beberapa tahun lagi........






16 Mac 2010

SIS dukacita dituduh 'menghina Islam'

Sisters in Islam (SIS) amat berdukacita dan sedih apa yang didakwanya cara, nada, isi kandungan tuduhan “menghina Islam” yang dibuat terhadap SIS dalam penyampaian khutbah Jumaat di masjid-masjid di negeri Selangor pada bulan Maulidur Rasul.

SIS mendakwa tuduhan yang dibuat itu tidak berasas dan amat bercanggah dengan "prinsip keadilan, kesaksamaan dan kebebasan bersuara yang mendokong ajaran agama Islam kita sendiri."

"Amat malang sekali apabila tuduhan sedemikian dibuat oleh pihak berkuasa agama negeri yang sepatutnya memainkan peranan mendidik, membantu menyelesaikan masalah dan bersedia mendengar aduan dan kebimbangan dari kalangan masyarakat Islam," katajurucakap SIS, Rashidah Abdullah.

"Sikap sedemikian telah merosakkan imej Islam dan membawa tanggapan salah bahawa Islam adalah agama bersifat tidak bertolak ansur yang tidak mampu menangani perbezaan pendapat.


"Apalagi, ia berlaku pada masa Malaysia serta keseluruhan dunia Islam sedang diberi imej negatif sebagai tempat di mana bertapaknya keganasan dan sikap tidak bertoleransi keagamaan.

"Sikap sedemikian menguatkan lagi prasangka terhadap Malaysia dan umat Islam umumnya," tegas Rashidahdalam satu kenyataan hari in.

Menurutnya, SIS percaya bahawa kesedaran kerohanian dan pendidikan moral adalah senjata paling berkesan untuk membanteras gejala sosial di kalangan masyarakat, dan bukannya hanya melalui hukuman.

"Islam mengajar kita supaya mengasihi sesama manusia dan tidak menggalakkan sikap tergopoh-gapah dan keghairahan hendak menghukum orang lain. Sifat Allah SWT sendiri adalah Maha Penyayang dan Maha Mengasihani, dan ini ditekankan didalam al-Qur'an.

"Adakah menghina Islam untuk menekankan sifat Allah SWT yang ar-Rahman dan ar-Rahim, dan Sunnah Rasulullah SAW yang lebih cenderung untuk mengelak daripada mengenakan hukuman?

"Adakah menghina Islam untuk mengingatkan umat Islam bahawa di sebalik ayat-ayat Qur'an yang menyebut mengenai hukuman, misalnya bagi kesalahan zina dan qazaf dalam Surah an-Nur (ayat 2-4), serta juga kesalahan mencuri dalam Surah al-Maa'idah (ayat 38), diikuti pula dengan ayat mengenai pengampunan bagi mereka yang bertaubat Surah an-Nur (ayat 5); Surah al-Maaidah (ayat 39) kerana Allah SWT Maha Pengampun (al-Ghafur) lagi Maha Mengasihani (al-Rahim)," katanya.

Pihak SIS, tegas beliau, tidak pernah menghina Islam, "malah kami telah banyak menyumbang kepada usaha meningkat dan memperbaiki imej Islam dan umatnya di Malaysia dan di seberang laut."

"Latar belakang kerjaya dan kegiatan-kegiatan lampau pihak SIS sebagai penulis dan aktivis yang telah mempertahankan imej Islam dan kepentingan umat Islam di seluruh dunia telah sengaja
diketepikan terus," tambahnya.

Rashidah berkata, penulisan dan kegiatan SIS adalah sebahagian daripada daya usaha mencari penyelesaian kepada cabaran-cabaran masakini.

SIS, tambahnya, telah memilih untuk berbuat demikian dalam rangkakerja Islam kerana SIS percaya bahawa Islam berupaya menyediakan penyelesaian kepada masalah dan kelemahan masyarakat kita untuk kebaikan umat Islam sendiri.

"SIS telah berusaha membina jambatan persefahaman supaya Islam dapat lebih difahami oleh orang Islam dan yang bukan Islam. SIS sentiasa juga mengecam prasangka negatif yang ditunjukkan dan ditujukan dengan lantang kepada Islam dan umatnya tanpa teragak-agak.

"Sebagai pakar dalam pelbagai bidang dan disiplin, termasuklah sains politik, agama, sejarah, sosiologi, undang-undang, hal-ehwal wanita, kewartawanan dan lain-lain, pihak SIS berasa bahawa adalah menjadi hak dan tanggungjawab kami untuk menyumbang kepada pembangunan ilmu dan kefahaman Islam di negara ini, selaras dengan prinsip keadilan, kesaksamaan dan belas kasihan dalam ajaran Islam.

"Inilah sebab mengapa SIS memandang serius tuduhan tersebut yang tidak wajar dan mahu membisukan suara dan menafikan kepada kami hak penyertaan dalam kehidupan sosial dan budaya Islam," tambahnya.

Katanya, dalam keadaan di mana agama Islam semakin berpengaruh membentuk semula corak kehidupan dan
masyarakat di Malaysia, undang-undang serta polisi awamnya, maka usaha untuk menyisihkan mereka yang berpandangan berbeza dan kritikal dalam perbahasan isu-isu mengenai Islam di Malaysia pada hari ini, merupakan pencabulan hak-hak asasi warganegara demokratik.

"Ia juga merupakan pencabulan terhadap prinsip yang dihargai dalam tradisi Islam mengenai perbezaan pendapat (ikhtilaf) di kalangan pelbagai mazhab dan para ulama atau sarjana Islam.

"Supaya Islam menjadi relevan dan lebih difahami oleh rakyat Malaysia, maka semua pihak mestilah berhak mengambil bahagian dalam mentakrifkan apakah maksud ajaran Islam kepada kita semua sebagai warganegara dalam masyarakat berbilang kaum dan agama.

"Kebebasan bersuara adalah nilai sejagat yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan, Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat dan ditegaskan dalam ajaran Islam," katanya.